Tuesday, October 31, 2017

Punca Sikap Bertangguh dan Malas

Sikap bertangguh dan malas umpama anda berada dalam penjara kerana anda tidak bebas.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa anda bertangguh untul menyiapkan kerja yang mudah dalam masa yang singkat? 

Dan adakah anda pernah mempunyai idea yang BENAR-BENAR hebat, dan anda memberikan seluruh perhatian untuk melakukannya tetapi entah bagaimana ia hanya tinggal angan-angan untuk melakukan apa yang perlu disiapkan? 

Biasanya ini dikenali dengan nama sikap bertangguh atau malas. Sekiranya anda memiliki sikap bertangguh atau malas, anda tidak keseorangan. :D 

Ini kerana sikap bertangguh bukannya salah anda. Ianya berlaku kerana mindset anda telah diprogramkan untuk memiliki sikap bertangguh.Anda tidak tersalah baca dan saya tidak tersalah taip,minda anda sudah diprogramkan untuk bertangguh dan/atau malas. 

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan bagaimana sikap bertangguh atau malas ini boleh berlaku dan mitos yang berkaitan dengan kedua-dua sikap ini seperti berikut:

  1. Punca anda bertangguh dan malas.
  2. Perkara yang menyebabkan anda bertangguh dan malas.
  3. Perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi sikap bertangguh dan malas.
Pemerhatian yang saya lakukan mendapati 99% daripada kaedah penyelesaian daripada orang yang memiliki sikap bertangguh dan malas benar-benar tidak produktif untuk mengatasi masalah ini, Lebih teruk lagi, lebih banyak kerja atau tugas yang perlu dilakukan dan prestasi kerja atau kehidupan peribadi menjadi bertambah buruk kerana mereka menjadi lebih tidak produktif. Penyelesaian yang dilakukan tidak menyelesaikan masalah bertangguh dan malas dalam jangka masa yang melebihi 6 bulan.Iini membuatkan masalah menjadi lebih teruk!

Perbezaan diri anda sebelum dan selepas anda membaca keseluruhan artikel ini. :D

Bayangkan anda seperti memiliki kereta Ferrari dan memandunya di jalan raya dengan kebebasan, memiliki prestasi dan kelajuan yang tinggi. Walaupun anda memiliki kereta Ferrari, anda hanya memandu kereta anda dengan kelajuan 20 km/jam. Semua komponen kereta Ferrari anda berada dalam keadaan sempurna dan satu-satunya perkara tidak cukup ialah petrol untuk kereta Ferrari anda bergerak. 

Apabila kita mula bercakap mengenai kaedah untuk mengatasi sikap bertangguh dan malas, saya akan menunjukkan arah anda pada hari ini dengan mudah dan ringkas kerana hanya perlu mengisi petrol yang cukup ke dalam tangki minyak kereta Ferrari anda. Sebaik sahaja anda selesai membaca artikel ini, anda akan dapat memandu kereta Ferarri anda dengan kelajuan maksimum sekiranya tiada komponen kereta Ferarri anda yang rosak. Apa yang anda perlukan adalah menambahkan kapasiti petrol didalam tangki kereta anda. Ini hanyalah contoh perbezaan selepas anda membaca keseluruhan artikel ini. 

Sains disebalik Sikap Malas dan Bertangguh

Terlebih dahulu saya akan menerangkan BAGAIMANA masalah malas dan suka bertangguh berlaku. Sikap malas dan suka bertangguh ini sudah mula mendapat perhatian oleh saintis sejak 30 tahun yang lalu. Hasil kajian yang dilakukan tidak pernah saya ketahui semasa di sekolah menengah dan saya pasti anda juga tidak mengetahui punca malas dan sikap bertangguh ini semasa anda belajar di sekolah menengah. 

Sekarang, saya akan menerangkan secara mudah mengenai otak manusia. Secara umumnya, penerangan mengenai otak akan menggunakan istilah dalam bidang perubatan dan sekiranya anda tidak terlibat dengan bidang perubatan, artikel ini akan menyebabkan anda keliru dan juga menyukarkan anda untuk memahami artikel ini. Sekiranya anda tidak percaya, anda boleh melihat sendiri sebahagian kecil komponen otak manusia dalam gambar dibawah. :D

Komponen otak
Sebahagian kecil komponen otak manusia
Fokus utama artikel ini ialah untuk membantu anda menjadi lebih rajin dan produktif dan bukannya menerangkan mengenai otak manusia. Jadi saya memudahkan anda untuk memahami bagaimana sikap malas dan bertangguh berlaku. Anda bayangkan otak manusia terbahagi kepada 3 bahagian:
  1. Stem Otak
  2. Otak tengah
  3. Otak rasional
Stem Otak
Stem otak manusia
Stem otak manusia

Di bahagian bawah otak, otak mempunyai komponen yang dikenali dengan nama stem atau "akar" otak, dan bahagian ini yang bertanggungjawab untuk membantu kita untuk terus hidup pada tahap yang sangat primitif. Ia adalah bahagian otak yang mengawal denyutan jantung, mengawal pernafasan dan lain-lain proses yang berlaku dengan automatik tanpa kita perlu berfikir. Ini adalah bahagian otak yang ajaib dalam otak kita.

Walaupun membantu kita untuk terus hidup, stem otak juga memberi kita masalah kerana ia hanya memproses maklumat yang diterima dan bertindakbalas dengan salah satu daripada empat cara iaitu:

  1. Sesuatu untuk dimakan
  2. Sesuatu untuk dilawan
  3. Sesuatu yang perlu dihindarkan
  4. Sesuatu yang mempunyai kaitan dengan hubungan seks

Otak Tengah

Pandangan ventral otak menunjukkan tiga bahagian stem otak: medulla oblongata, pons, dan midbrain (otak tengah). Hanya sebahagian kecil otak tengah yang dapat dilihat dalam pandangan ini.

Fungsi otak tengah melibatkan emosi kita. Ia berfungsi seperti suis on/off. Ia hanya dapat memproses maklumat dengan salah satu daripada dua cara iaitu:

  1. Kesakitan: Menjauhkan anda dari sesuatu perkara
  2. Keseronokkan: Mendekatkan anda mendapatkan sesuatu perkara
Bahagian otak ini memainkan peranan penting dalam menentukan tahap produktiviti anda. Bahagian otak ini seperti "sistem keselamatan" yang mempunyai kesan besar ke seluruh sistem saraf anda dan ia berfungsi sepanjang masa. Bahagian otak ini yang menentukan sama ada anda perlu bertindak atau menjauhkan anda daripada melakukan sesuatu perkara.

Saya ingin menjelaskan kepada anda bahawa komponen otak ini tidak berfungsi untuk membantu anda berfikir secara rasional. Otak tengah berfungsi secara automatik dan mengikut gerak hati serta membuatkan anda bertindak secara automatik tentang sesuatu perkara.

Contohnya anda menyentuh kuali yang panas dan secara automatik tangan anda akan didorong untuk menjauh dari kuali itu.Anda tidak sempat berfikir kerana tangan anda bergerak secara automatik.Anda boleh mencuba sendiri dengan menyentuh kuali yang panas sekiranya anda tidak percaya. :D

Bagaimana "Sistem Keselamatan" Otak Berfungsi?

"Sistem Keselamatan" ini tidak dapat membezakan antara bahaya apabila kita berhadapan dengan penjenayah dengan kita mengambil tindakan yang perlu kita ambil untuk mencapai kejayaan sama ada dalam kehidupan peribadi, kerjaya, perniagaan, dan lain-lain, "Sistem keselamatan" ini boleh menghasilkan ketakutan apabila anda memikirkan cara untuk menyiapkan sesuatu kerja yang telah anda mulakan. Contohnya seperti anda ingin membaca artikel ini sehingga habis! Ia bukan satu perkara yang logik, tetapi "sistem keselamatan" ini telah mehubungkan bahaya kepada anda sekiranya anda membaca artikel ini sehingga habis. Oleh itu, anda malas atau bertangguh untuk membaca artikel ini sehingga habis. :D

Bagaimana Anda Boleh Tahu Jika "Sistem Keselamatan" Anda Telah Berfungsi?

Jika anda berasa malas atau menangguhkan untuk melakukan sesuatu tugasan, aini bermakna "sistem keselamatan" otak telah berfungsi. Antara cara lain yang boleh dikesan oleh anda ialah irama nafas anda berubah atau badan anda berasa letih untuk melakukan kerja yang perlu anda lakukan. Anda akan menjadi pasif untuk mengambil tindakan yang perlu anda lakukan. Ini disebabkan anda diransang untuk bertindak dengan perkara yang anda takut secara anda tidak sedar. Walaupun secara rasional anda tahu sekiranya anda menyiapkan sesuatu kerja yang akan mendatangkan kebaikkan kepada anda, anda tetap akan bertangguh atau malas untuk mengambil tindakan. Ini kerana anda takut dengan proses yang anda akan tempuhi sekiranya anda mengambil tindakan yang perlu anda lakukan.

Anda perlu menyedari dalam satu-satu masa, anda hanya dapat fokus pada satu perkara sahaja. Sekiranya anda fokus kepada perkara positif, anda tidak dapat memberi fokus kepada perkara negatif dan sebaliknya juga yang berlaku sekiranya anda fokus kepada perkara yang negatif. Ketakutan anda terhadap sesuatu perkara dapat membuatkan anda berasa berat di bahu anda atau dahi anda berkerut. Secara umumnya, ketakutan anda mendatangkan kesan terhadap fisiologi anda yang seterusnya membuatkan anda bertangguh dan/atau malas untuk mengambil tindakan yang perlu anda lakukan. Kesannya terhadap hidup anda ialah ketakutan anda menjadi penghalang utama untuk anda mencapai matlamat anda.

Apa salah anda?

Anda mungkin berasa hairan kerana anda tidak dapat mencapai matlamat anda yang mungkin telah berusia bertahun-tahun, Anda berusaha berulang-ulang kali namun anda tetap gagal untuk mengambil tindakan yang tepat walaupun anda tahu dengan jelas tindakan yang perlu anda ambil untuk menjadikan matlamat anda satu kenyataan. Sebenarnya anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini kerana "sistem keselamatan" otak anda telah menetapkan tindakan yang anda perlu ambil merupakan sesuatu yang mendatangkan BAHAYA kepada diri anda.

Sekarang, seringkali "sistem keselamatan" otak boleh mendatangkan kebaikkan kepada anda namun sistem ini juga dapat menyekat anda untuk mengambil tindakan yang anda perlukan tanpa anda sedari. Ia boleh terjadi seperti contoh berikut:

Anda mempunyai idea yang hebat untuk mengubah kehidupan anda. Anda tahu dengan tepat bagaimana untuk melakukannya, Kemudian masa terus berlalu. Dari sehari menjadi seminggu, dari seminggu menjadi dua minggu, seterusnya menjadi sebulan dan menjadi dua bulan dan masa terus berlalu. Idea anda benar-benar hebat namun anda hairan kerana anda masih tidak mengambil apa-apa tindakan sehingga sekarang, 

Jawapannya cukup mudah. Ini kerana "sistem keselamatan" otak anda telah diaktifkan tanpa anda sedari. 

Apakah Masalah dengan komponen Otak Rasional?


Otak rasional
Neuroimej fungsi (fMRI) daripada korteks serebrum. Kawasan merah dan oren menunjukkan peningkatan aliran darah di kawasan luar yang bertanggungjawab untuk melakukan setiap aktiviti.

Sekarang kita berada di bahagian ketiga otak bagi artikel ini. Secara mudahnya, saya menamakan bahagian ini dengan nama otak rasional sahaja kerana secara asasnya komponen ini berfungsi untuk melibatkan masalah yang melibatkan masalah matematik dan logik. Di sinilah kita berfikir mengenai diri kita. Bahagian ini juga membezakan kita dengan haiwan kerana kita dapat memikirkan tindakan kita dan mempunyai keseronokkan dan kemurahan hati. Bahagian ini juga yang menyebabkan kita menentukan siapa diri kita.

Masalah kita bertangguh dan / atau malas berpunca di bahagian otak ini kerana semua maklumat yang diterima oleh kita akan tiba dibahagian ini SELEPAS melepasi bahagian Stem Otak dan Otak Tengah seperti yang telah saya terangkan sebelum ini. :D

Sikap bertangguh dan malas umpama penjara
Tindakan yang anda ingin lakukan terpenjara menjadi sebab anda bertangguh dan malas.
Apabila maklumat diterima oleh otak anda, secara automatik "sistem keselamatan" otak anda akan diaktifkan. Oleh kerana bahagian stem otak dan otak tengah tidak dapat membezakan perkara yang baik atau buruk untuk anda, perkara negatif yang difikirkan oleh anda seolah-oleh berada dalam penjara dan anda tidak dapat mengambil tindakan yang anda perlu lakukan.

Inilah sebabnya apabila tiba masanya untuk anda bertindak bagi melakukan sesuatu yang perlu anda lakukan, anda mendapati diri anda secara tiba-tiba tidak dapat memanfaatkan semua perancangan anda dan anda tertanya-tanya mengapa anda berasa malas atau bertangguh. Anda mungkin berasa risau atau anda sibuk melakukan kerja lain yang tiada dalam perancangan anda. Ini merupakan kesan dari sikap bertangguh iaitu sikap untuk mengelak daripada perlu melakukan sesuatu yang perlu anda lakukan. Secara mudahnya, anda telah DISABOTAJ oleh bahagian otak rasional anda.

Bagaimana Anda Boleh Mengatasi Sikap Bertangguh dan Malas?

Soalan ini membawa kita kepada jawapan yang berbeza daripada orang yang berbeza untuk mengatasi masalah ini dan saya akan menjelaskan sebab kenapa mereka tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi 2 jawapan yang paling kerap saya temui.

Jawapan 1: Semangat

"Sekiranya saya lebih berdisiplin atau mempunyai sikap yang lebih baik, atau memberi fokus lebih tinggi, saya akan dapat melakukan apa saja yang saya perlu lakukan."

Soalan saya kepada mereka adalah, "Sejauh mana ianya berkesan untuk anda?"

Cuba anda renungkan kembali, berapa kali anda gagal untuk mencapai matlamat anda kerana tindakan yang anda ambil tidak konsisten dan mengikut situasi hidup anda. Sekiranya anda berada pada saat-sat sukar, anda berjaya mengambil tindakan yang anda perlu lakukan. Namun, apabila anda berada dalam zon selesa, anda mula bertangguh atau berasa malas untuk bertindak secara konsisten. Anda sebenarnya telah mencipta corak bertangguh dan malas secara berulang-ulang dan sekali lagi, ianya bukan salah anda.

Sebenarnya, anda telah mencipta persepsi bahawa semangat anda merupakan suatu sumber yang tidak terbatas dan boleh digunakan tanpa had. Kenyataannya, semangat merupakan sesuatu yang terhad untuk semua orang. Sepertimana wang didalam akaun bank setiap orang yang terdapat had untuk dikeluarkan dari akaun masing-masing.

Terdapat kajian yang membuktikan kenyataan ini. Kajian yang dilakukan melibatkan dua kumpulan dan kedua-dua kumpulan dibiarkan dalam keadaan yang benar-benar lapar. Kemudian satu kumpulan diberikan coklat dan satu kumpulan lagi diberikan lobak putih. Kumpulan yang diberikan lobak putih dapat melihat kumpulan yang lain memakan coklat yang diberikan dan kumpulan yang mendapat coklat dapat melihat kumpulan yang lain memakan lobak putih.

Kemudian kedua-dua kumpulan dibawa ke dalam sebuah bilik dan diberi soalan teka silang kata yang mencabar. Kumpulan yang diberikan coklat dapat menyelesaikan teka silang-kata yang diberikan dengan baik dan keseluruhan ahli kumpulan yang diberikan lobak putih gagal menjawab teka silang kata yang diberikan.

Hasil kajian menunjukkan semangat manusia bergantung kepada kapasiti tenaga yang dimiliki oleh setiap orang. Sekiranya manusia tidak mempunyai tenaga walaupun memberi fokus kepada disiplin kerana semangat ahli kumpulan yang diberikan lobak putih telah hilang kerana telah digunakan untuk menyekat kemahuan mereka untuk memakan coklat. Apabila mereka telah kehabisan semangat, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah logik.

Adakah Tenaga Anda di Gunakan Secara Bijaksana?

Terdapat beberapa kajian mengenai pembaziran tenaga manusia, Jadi adalah penting untuk anda memberi perhatian terhadap penggunaan tenaga anda pada setiap hari sama ada tenaga anda digunakan untuk perkara yang dapat menambah kualiti hidup anda atau sebaliknya. Dalam artikel ini saya tidak memfokuskan tentang tenaga manusia kerana ianya merupakan perkara kedua dan saya perlu menulisnya di dalam artikel yang lain. Fokus saya dalam artikel ini ialah untuk membantu anda mengatasi sikap bertangguh dan malas agar anda dapat mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik selepas anda membaca artikel ini.

Sekarang anda sudah faham bahawa semangat sahaja tidak cukup untuk mengatasi masalah suka bertangguh dan malas. Saya akan menjelaskan mengenai jawapan kedua yang kerap saya dengar untuk mengatasi masalah suka bertangguh dan malas.

Jawapan 2: Berfikiran Positif

Jawapan ke-2 yang sering saya dengar untuk mengatasi masalah berangguh ialah berfikir positif. Pandangan ini juga terpengaruh dengan idea Hukum Tarikan (Law of Attraction. Saya juga pernah menulis mengenai Hukum Tarikan didalam blog ini. Namun berfikiran positif atau menggunakan Hukum Tarikan tidak berkesan sekiranya "sistem keselamatan" otak anda masih berada pada tahap yang sama.

Malah hidup anda akan menjadi lebih teruk sekiranya anda berfikir positif atau menggunakan Hukum Tarikan sekiranya "sistem keselamatan" otak anda berada pada tahap yang sama. Ini kerana anda hanya menipu diri sendiri sekiranya hati dan perasaan anda tidak selari dengan fikiran anda.

Kenapa Berfikiran Positif & Hukum Tarikan Tidak Berkesan?

Bayangkan anda sudah kenyang dan di depan anda terdapat sejumlah besar makanan yang benar-benar tidak disukai oleh anda. Walaupun makanan yang tidak disukai oleh anda mempunyai nutrien yang anda perlukan, anda tidak akan memakannya walaupun diberikan secara percuma. Keadaan anda akan menjadi lebih teruk sekiranya anda cuba memakan makanan yang tidak anda sukai tadi dalam keadaan kenyang. "Sistem keselamatan" otak anda telah ditetapkan untuk tidak memakan makanan yang tidak anda sukai. Keadaan akan bertukar buat sementara waktu sekiranya anda dalam keadaan lapar dan kembali kepada asal sekiranya anda sudah tidak memerlukan lagi makanan yang tidak anda sukai tadi.

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Suka Bertangguh dan Malas?

Sekarang anda telah mengetahui punca anda bertangguh dan malas untuk bertindak serta gagal untuk mengambil tindakan yang konsisten bagi mengubah hidup anda. Dalam artikel ini juga, saya akan membantu anda untuk mengambil tindakan yang konsisten agar anda dapat mengambil tindakan yang anda perlukan bagi mengubah kehidupan anda.

Setelah anda mengetahui kaedah untuk mengatasi masalah bertangguh dan malas, saya sangat berharap agar kehidupan yang anda impikan dapat menjadi realiti. Anda perlu sedar, hanya dengan mengambil TINDAKAN , kehidupan anda akan berubah. Dengan semangat dan berfikir positif sahaja tidak mengubah apa-apa sekiranya TINDAKAN yang perlu anda lakukan TERHALANG oleh "sistem keselamatan" otak anda. Anda perlu sedar bahawa keyakinan anda untuk mengambil tindakan yang besar bermula dengan tindakan yang kecil.

Kaedah yang akan saya terangkan tidak akan mengaktifkan "sistem keselamatan" yang telah anda tetapkan di dalam otak anda. Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat berkongsi dengan anda cara yang akan saya terangkan selepas ini. :D

Langkah 1: Terima Kenyataan

Sebenarnya ini adalah langkah paling sukar. Langkah ini memerlukan anda untuk bersikap realistik dan menerima kenyataan kedudukan anda didalam hidup ini. Anda perl mengetahui kedudukan anda dan menerima keadaan dengan sejujur-jujurnya. Anda perlu membuat penilaian yang realistik dan jujur tentang situasi semasa anda. Ini menjadi masalah yang rumit untuk kebanyakkan orang dan sebahagian besarnya tidak dapat menerima kenyataan dimana kedudukan mereka pada masa sekarang. Ini kerana mereka takut untuk menerima kenyataan kerana sering bertangguh untuk mengubah kehidupan mereka. Sebahagian pula mengalami rasa kompleks rendah diri seperti mengakui mereka sudah tiada harapan untuk berubah.

Oleh kerana anda pembaca blog saya, saya tidak akan membiarkan anda mengalah untuk mengubah hidup anda. Saya akan memudahkan anda untuk mengatasi masalah bertangguh dan malas pada hari ini. Buat masa sekarang anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri soalan-soalan seperti berikut:

  1. Apakah yang benar-benar anda mahu?
  2. Apakah yang anda LAKUKAN pada hari ini?
  3. Apakah jurang antara jawapan pada soalan 1 dan 2?
  4. Apakah hasil yang anda terima bagi jawapan pada soalan 3?
  5. Apakah 3 aktiviti utama yang membazirkan masa anda pada setiap hari?
  6. Berapa banyakkah masa yang anda bazirkan bagi jawapan pada soalan 5 setiap minggu?
  7. Aktiviti harian apakah yang dapat mengubah hidup anda?

Bayangkan seketika bahawa jawapan yang anda berikan pada soalan-soalan diatas berdasarkan kepada rasa ingin tahu tanpa ada sebarang halangan. Hanya anda yang mengetahui jawapan yang tepat untuk soalan-soalan ini. Jawapan anda dapat membezakan antara anda dengan orang yang telah mencapai matlamat yang sama dengan anda. Anda dapat mengetahui dengan lebih jelas kerugian sama ada dari segi masa, tenaga, wang, dan sebagainya apabila anda mendapat jawapan bagi soalan ke-3. Kemudian, anda dapat mengetahui apa yang anda lakukan setiap minggu untuk menngubah hidup anda. Jawapan bagi semua soalan ini akan menjadi pemangkin kepada anda untuk anda mengubah kehidupan anda.

Anda perlu menulis jawapan anda dan saya ingin mengingatkan anda agar tidak berasa rendah diri sekiranya anda perlu menulis jawapan yang negatif. Semua jawapan yang anda berikan akan menjadi seperti peta untuk anda mengetahui di mana anda sedang berada. Tidak kira di mana anda pada hari ini, perkara yang penting ialah arah yang anda ingin tiba pada hari esok. Sekiranya anda tidak mengetahui dimana anda berada, anda tidak akan ke mana-mana buat selama-lamanya,

Sekiranya anda berada kedudukan yang mendatangkan kebaikkan kepada anda, anda juga perlu memberi jawapan bagi semua persoalan di atas agar anda tidak tersalah arah ketika anda terus melangkah untuk mencapai matlamat anda.

Langkah ke-2: Membuat Penilaian

Boleh jadi anda berfikir langkah ke-2 merupakan langkah yang penting atau tidak penting. Langkah ini merupakan langkah yang penting untuk membantu anda konsisten bertindak bagi mencapai matlamat anda. Anda perlu menilai keadaan anda secara berkala. Sekiranya anda tidak mengetahui prestasi anda, impian anda untuk mengubah hidup anda mungkin hanya tinggal impian buat selama-lamanya.

Sekiranya anda tahu sejauh mana anda berusaha untuk mencapai matlamat anda, anda dapat menjadi realistik dan tidak berasa rendah diri sekiranya anda belum mencapai matlamat ini. Ini kerana keyakinan anda untuk mencapai matlamat anda semakin meningkat walaupun matlamat anda masih belum menjadi kenyataan. Selain itu juga, ini dapat membantu anda untuk tidak menipu diri sendiri kerana anda berpijak di bumi yang nyata kerana sesuatu yang boleh dinilai dapat dicapai.

Sekiranya anda berasa sedih atau berputus asa untuk mencapai matlamat anda, anda boleh membayangkan kawan baik anda mempunyai matlamat dan keadaannya sama seperti anda yang berada dalam keadaan sedih atau berputus asa. Sebagai seorang kawan yang baik, anda tidak akan membiarkan kawan anda berada dalam keadaan sedih dan anda memberikan sokongan serta kata-kata semangat kepada kawan anda bagi membantu beliau mencapai matlamatnya.

Anda boleh menukar kawan baik anda itu kepada diri anda sendiri sekiranya anda berasa sedih atau berputus asa  untuk mencapai matlamat anda.

Langkah ke-3: Elakkan Menipu Diri Sendiri

Anda perlu bertanya kepada diri sendiri soalan:

"Apakah tindakan yang paling kecil boleh saya ambil untuk mencapai matlamat saya?"

Bagi sebahagian besar orang, mereka tidak sabar-sabar untuk mencapai matlamat mereka dan mengambil tindakan yang drastik. Tindakan seperti ini hanya bersifat sementara dan tidak dapat mehilangkan sikap bertangguh dan malas buat jangka masa yang panjang. Ini kerana otak rasional anda tidak berfungsi kerana tidak dapat membuat keputusan bagi menjadikan matlamat anda menjadi realiti. Cara terbaik ialah elakkan untuk MENIPU otak rasional anda.

Apabila anda ingin tahu mengenai sesuatu perkara, otak rasional anda akan berfungsi dengan automatik. Bagi mengetahui tindakan paling kecil yang boleh anda ambil untuk mencapai matlamat anda, anda akan mendapat jawapan terbaik untuk anda,

Jawapan yang anda dapat berasal daripada gerak hati anda dan jawapan yang anda dapat merupakan jawapan yang anda perlukan. Dengan idea baru yang anda dapat, anda mula dapat mengubah hidup anda dengan tindakan yang kecil. Ingin saya ingatkan kepada anda bahawa kehidupan anda pada hari ini merupakan hasil dari tindakan anda pada masa lalu. Tindakan anda pada hari ini akan menentukan kehidupan anda pada masa depan.

Mesej yang ingin saya sampaikan ialah dua punca sikap bertangguh dan malas berhubung dengan otak rasional. Ini kerana apabila "sistem keselamatan" otak anda diaktifkan, otak rasional anda seolah-olah berada dalam "penjara" dan tidak dapat melakukan apa-apa.

Jadi, ia akan terpenjara dengan kunci khayalan yang akan menjadi kekuatan anda dan pengesahan anda dan anda berfikir "bahawa ini sepatutnya mengeluarkan saya dari sikap malas dan bertangguh ini!" Tetapi kunci kepada sikap bertangguh dan malas anda tidak berada di dalam otak anda. Jadi, sikap malas dan bertangguh anda terus menjadi halangan anda untuk mencapai matlmat anda.

Oleh kerana anda sedang membaca artikel ini, anda akan menemui kunci untuk mengeluarkan diri anda dari anda dari sikap bertangguh dan malas.

Teruskan membaca...

Sebelum saya memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan untuk membuang sikap bertangguh dan malas yang seterusnya, saya ingin menceritakan mengenai corak tidak produktif yang saya lihat berulang-ulang kali berlaku terutamanya di kalangan usahawan yang menjalankan perniagaan internet sama ada pemilik produk fizikal dan digital, ejen dropship atau affiliate, ahli mana-mana syarikat multi-level marketing, dan pemilik perniagaan kecil dan besar.

Mudah-mudahan pemerhatian saya ini sedikit sebanyak berkait dengan situasi hidup anda sekarang ini.

Salah satu halangan atau masalah terbesar yang kita miliki adalah kita tidak mempunyai masa yang tersusun. Ini  menjadikan kita malas atau bertangguh untuk melakukan sesuatu yang perlu kita lakukan dengan melakukan perkara yang tidak penting. Itu mungkin kelihatan seperti melayari internet, berhubung dengan kawan-kawan melalui media sosial, atau melakukan semua perkara yang tidak penting agar kita dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara yang penting namun tidak menyeronokkan.

Inilah perkara yang berlaku secara berulang-ulang:

Bayangkan anda memiliki perniagaan sendiri. Pada suatu hari, anda telah bersedia untuk menjalankan pemasaran menggunakan internet. Anda sangat yakin dapat mengembangkan perniagaan anda dengan mengubah model perniagaan anda dengan menggunakan internet. Pada masa lalu, anda sudah merancang untuk memiliki laman web perniagaan sendiri pada tahun lepas namun masih belum mengambil tindakan yang sesuai seperti menetapkan rekabentuk laman web yang sesuai dengan keperluan anda, mengetahui fungsi dan cara untuk mengendalikan  laman web anda, mencari dan melihat portfolio pereka laman web, memantau harga menyiapkan laman web mengikut kemampuan anda, dan sebagainya. Anda juga merancang untuk mengadakan program dropship/affiliate agar dapat menjimatkan kos pemasaran anda.   

Apa yang berlaku seterusnya?

Perkara pertama yang berlaku secara ringkasnya terdapat perasaan gembira dan penuh keyakinan dalam diri anda untuk bertindak. Kemudian, anda menjalankan rutin harian hidup anda seperti biasa.

Tiba-tiba anda terfikirkan satu perkara lain yang perlu dilakukan. Apabila perkara tersebut telah disiapkan, timbul pula perkara yang lain. Kemudian anda perlu memberi perhatian kepada 10 perkara yang lain. Oleh kerana terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan pada hari ini, anda mula merancang untuk memasarkan perniagaan anda menggunakan internet pada hari esok.

Kemudian, pada hari esok, timbul pula 15 perkara lain yang perlu anda berikan perhatian. Sekali lagi, anda berfikir untuk memasarkan perniagaan anda melalui internet pada hari esok.

Begitulah yang berlaku seterusnya sehingga anda terus melupakan untuk memasarkan perniagaan melalui internet.

Apabila anda menyedari perkara yang anda ingin lakukan pada masa lalu namun masih tidak melakukannya lagi pada hari ini, sedikit sebanyak menimbulkan penyesalan kepada anda kerana anda telah terlepas peluang berharga. Anda mungkin menyesal kerana:
  1. Anda tidak dapat mencapai matlamat anda. Anda tahu itu bukan keputusan yang baik atau anda tidak sepenuhnya mencapai matlamat anda. 
  2. Keyakinan anda menurun. Anda mencipta imej negatif mengenai diri anda dan seterusnya membuatkan keyakinan anda turut menurun apabila melakukan perkara yang lain.
  3. Anda mengulangi sikap bertangguh secara berulang-ulang dan akhirnya menjadi tabiat hidup anda.

Saya berkata "mindset", anda boleh berfikir mengenai minda bawah sedar anda. Apa jua istilah yang anda faham, apabila anda mengulangi corak yang tidak produktif berulang kali dengan bertangguh dan terus bertangguh... minda bawah sedar anda tidak lagi menyokong anda untuk mencapai matlamat.

Setiap kali anda menetapkan matlamat yang lain, minda bawah sedar anda akan teransang untuk terus bertangguh atau malas.

Segala apa yang telah tersedia untuk anda bertindak sudah hilang. kerana ini adalah masalah besar. Orang ramai meneruskannya sepanjang hidup mereka; mereka tidak tahu kos atau besarnya kehilangan cara ini berulang kali, tetapi mereka cenderung merasa di dalamnya dan merasa secara peribadi bahawa ada sesuatu yang benar-benar salah dengan mereka. Sebenarnya tiada apa yang salah dengan anda. Anda baru sahaja kehilangan beberapa maklumat penting yang guru sains kelas 8 anda tidak memberitahu anda yang mana anda mempunyai penggera di kepala anda yang secara sistematik menghalang anda daripada menang.

Segala apa yang telah tersedia untuk anda sekarang hilang. Ini merupakan masalah besar. Orang ramai meneruskannya sepanjang hidup mereka dan mereka tidak tahu kos atau besarnya kerugian yang dialami apabila tabiat berulang kali diulangi. Namun demikian secara peribadi mereka menyedari terdapat sesuatu yang benar-benar salah dengan mereka. Sebenarnya tiada apa yang salah dengan anda. Anda hanya baru menyedari bahawa anda mempunyai "sistem keselamatan" terbina dalam kepala anda yang secara sistematik menghalang anda daripada bertindak.

Hanya terdapat satu cara sahaja untuk mengatasi masalah "sistem keselamatan" anda ini. Sekarang anda sudah berada pada langkah yang ketiga untuk mengatasi masalah malas dan suka bertangguh. Sekarang sudah tiba masanya untuk anda mengambil tindakan yang anda perlukan. Anda tidak lagi perlu berfikir untuk mengambil tindakan. Keyakinan tidak akan datang dengan hanya berfikir semata-mata. Keyakinan hanya akan muncul melalui tindakan.

Persoalan yang mungkin timbul sekarang ialah bagaimana untuk anda mengambil banyak tindakan secara serentak dan dalam jangka masa yang sama anda dapat mencapai matlamat anda.

Tindakan yang Kecil 

Cara terbaik untuk saya membantu anda untuk bertindak ialah dengan memberitahu anda ialah melalui sebuah cerita seperti dibawah.

Seorang doktor mempunyai pesakit yang datang dengan berat badan yang berlebihan. Dia berada dalam keadaan sakit dan dia perlu bersenam dengan tergesa-gesa. Dia tidak mempunyai satu atau dua tahun untuk menunggu. Dia berada dalam kesusahan dan dia perlu menjalani program senaman dengan segera. Tetapi, dia BENCI untuk bersenam. Dia bukan sahaja benci untuk bersenam malahan telah menyertai pelbagai program senaman yang lain. Selain itu juga, dia mempunyai  treadmill yang mahal di rumahnya tetapi dia benci untuk menggunakannya. Ini kerana dia tidak suka dengan bunyi treadmill yang dibelinya.

Dia datang kepada doktor dalam keadaan terdesak dan bertanya, "Apa yang boleh saya lakukan sekarang?"

"Mari kita buat rancangan bersama. Apa yang kamu kerap lakukan dengan gembira pada setiap pagi?," soal doktor.

Pesakit itu menjawab, "Perkara yang saya suka lakukan pada waktu pagi ialah meminum kopi dan membaca majalah."

"OK. Mari cuba perkara yang baru. Apabila anda bangun pada waktu pagi, minum kopi dan baca majalah hanya SEMINIT di atas treadmill."

Pesakit itu berfikir doktor hanya bergurau tetapi pada masa ini dia terdesak dan bersedia untuk melakukan apa sahaja. Jadi, dia melakukan apa yang disarankan dan selama sebulan apabila dia bangun tidur, dia membuat kopi dan membaca majalah sambil berdiri di atas treadmill. Kemudian dia pergi bekerja.

Selepas kira-kira sebulan, pesakit itu mula sedar bahawa dia tidak lagi membenci treadmill. Kemudian dia menghidupkannya. Dia bersetuju dengan doktor dan boleh berjalan atas treadmill selama satu minit setiap hari.

Oleh itu, rutinn hariannya menjadi:
  • kopi
  • majalah
  • berjalan selama satu minit di atas treadmill.'
Dia melakukan ini selama sebulan dan pada akhir tempoh itu dia menyedari betapa mudahnya dia berjalan selama dua minit pula sebelum dia pergi bekerja.

Sekarang, anda mungkin berfikir, "Ya, betul teknik ini memang berkesan. Saya memerlukan 30 tahun untuk mencapai matlamat saya menggunakan teknik ini. "

Tidak salah anda berfikir begini namun itu TIDAK BENAR. Ini kerana ini tidak melibatkan fungsi rasional otak anda. Apa yang dilakukan oleh pesakit dalam cerita ini tidak melibatkan "sistem keselamatan" otak beliau. Apa yang dilakukannya hanya merupakan satu tindakan yang sangat kecil, halus, dan tidak meransang "sistem keselamatan" beliau.

Ini kerana apabila "sistem keselamatan" terlibat dengan perkara yang anda takut atau benci untuk lakukan dan telah mencapai tahap kritikal, "sistem keselamatan" anda akan segera berfungsi. Apabila anda melakukan perkara yang anda takut / benci dan dalam jangka masa yang sama anda melakukan aktiviti yang membuatkan anda gembira, anda akan dapat membebaskan diri dari "sistem keselamatan" anda.

Apa yang berlaku dengan pesakit dalam cerita diatas yang membenci treadmill di atas, selepas sebulan, beliau dapat bersenam dengan berjalan sejauh 1 batu sehari. Untuk pertama kalinya dalam hidupnya dia berlari satu batu sehari dan ini menjadi perubahan kekal dalam hidup beliau!

Dia dapat meninggalkan corak kegagalan beliau untuk bersenam seumur hidup beliau secara semulajadi dan dengan mudah dapat menambahkan program kecergasan ke dalam hidupnya yang benar-benar memberi manfaat untuknya.

Jadi, bagaimana ini berlaku kepada anda?

Selepas anda habis membaca artikel ini, anda akan dapat mengatasi masalah bertangguh / malas anda uat selama-lamanya. Kaedah yang dilakukan oleh pesakit tadi dikenal dengan nama tindakan-mikro. Anda mungkin keliru dengan istilah tindakan-mikro dengan tindakan kecil yang lebih dikenali dengan nama babystep. Anda mungkin telah cuba untuk mengatasi masalah malas/bertangguh anda dengan mengambil tindakan yang kecil terlebih dahulu. Namun demikian, ianya hanya buat sementara waktu sahaja. Sekiranya berkesan, kemungkinan besar juga hanya berfungsi dalam keadaan yang terhad.

Apa yang saya bicarakan adalah sesuatu yang lebih kecil daripada babystep iaitu sesuatu yang sangat kecil dan cepat untuk dilakukan yang mungkin hanya memerlukan masa selama satu minit sahaja. Anda hanya perlu mengambil tindakan-mkro yang minimum bersama dengan melakukan perkara yang anda gemari.

Kadang-kadang apabila anda sudah sekian lama bertangguh untuk mencapai matlamat anda kerana tindakan yang perlu anda ambil sangat mencabar, anda boleh memilih tindakan-mikro yang sesuai seperti mendengar lagu / soundtrack filem kegemaran anda ketika sedang mengambil tindakan-mikro.

Itu sahaja. Kemudian anda boleh melakukan rutin harian anda seperti biasa.

Sekarang, anda fikir ini tidak mungkin membuat perbezaan dalam kehidupan anda. Anda hanya perlu mengambil tindakan-mikro secara konsisten walaupun hanya seminit sehari. Ini sedikit sebanyak membuatkan anda berasa selesa sedikit demi sedikit untuk melakukan sesuatu yang anda takut / benci. Ketakutan / kebencian  anda untuk mengambil tindakan yang tepat untuk mencapai matlamat anda tidak lagi menjadi masalah dalam kehidupan anda.

1. Apakah matlamat atau masalah terbesar yang menyebabkan anda bertangguh untuk bertindak sekarang? (Anda mungkin mempunyai lebih daripada satu sebab, jadi anda hanya perlu pilih salah satu sebab yang menjadi halangan paling utama.).

2. Apabila anda sudah mengenalpasti halangan anda, cuba renungkan dengan mendalam apakah langkah paling kecil yang boleh anda ambil setiap hari untuk mencapai matlamat anda?

3. Adakah terdapat pilihan lain yang anda boleh ambil untuk mengambil tindakan yang lebih kecil?

4. Adakah pilihan yang anda sendiri tentukan membuatkan anda gembira untuk dilakukan?

Anda jangan pula lupa untuk merekod kemajuan anda agar anda dapat menilai sendiri perubahan yang berlaku dalam hidup anda walaupun sedikit. Tanpa sebarang rekod, anda akan berada dalam khayalan dan tanpa anda sedari, anda akan berasa rendah diri dan menjadikan anda kembali ke rutin harian hidup anda seperti biasa.

Anda boleh memilih sendiri bagaimana untuk anda merekod tindakan-mikro anda agar anda dapat menilai sendiri kemajuan anda.


Langkah ke-4: Pilih Tindakan Mikro dan Lakukan Setiap Hari

Tindakan Mikro yang anda pilih tidak perlu sempurna. Anda hanya melakukan eksperimen dan boleh mengubahnya sekiranya tindakan mikro yang anda pilih tidak berkesan. Sebaik sahaja anda telah memilih Tindakan Mikro anda, anda mesti mengambilnya secara:

Konsisten, Konsisten, dan Konsisten!

Ini merupakan penghalang utama bagi kebanyakkan orang untuk membuang sikap bertangguh dan malas yang seterusnya menjadi penhalang untuk mengubah hidup.

Konsistens mengecilkan langkah besar yang perlu anda ambil bagi mencapai matlamat anda.

Jadi, tindakan mikro yang anda ambil tidak akan berkesan sekiranya anda melakukannya dalam masa sehari, beberapa hari, berhenti untuk beberapa hari, dan melakukannya lagi. Ini tidak dapat mengubah tabiat anda yang suka bertangguh dan malas (sekiranya ada). Tindakan mikro yang anda ambil akan memudahkan anda untuk mengubah tabiat anda. Sekiranya anda rasakan sukar untuk mengubah tindakan mikro yang perlu anda ambil, anda boleh menukarkan kepada tindakan yang lain. Anda hanya perlu mengambil tindakan mikro anda selama seminit sahaja dalam tempoh satu hari.

Selain daripada tindakan yang konsisten, perkara lain yang kritikal ialah untuk anda memilih tindakan mikro yang sangat kecil dan seronok untuk anda lakukan. Anda mungkin terfikir saya bercakap mengenai mengambil tindakan yang kecil atau babystep. Mungkin anda pernah mendengar pepatah melayu yang berbunyi, "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".

Saya bukan maksudkan anda perlu mengambil tindakan yang kecil seperti kaedah babystep. Sekiranya kaedah babystep berkesan untuk anda bertindak secara konsisten, anda boleh terus berhenti membaca. Tindakan mikro yang saya maksudkan ialah tindakan yang jauh lebih kecil daripada kaedah babystep yang perlu anda ambil. Apa jua kaedah yang anda pilih untuk mengatasi sikap bertangguh atau malas anda, anda perlu ingat satu perkara iaitu hidup anda hanya akan berubah setelah anda mengambil tindakan secara konsisten.

Sekiranya anda pernah mengambil tindakan yang kecil untuk mencapai matlamat anda dan anda berhenti bertindak, ini disebabkan tindakan yang kecil anda ambil telah meransang "sistem keselamatan" otak anda. Saya berikan contoh perbezaan antara tindakan kecil dan tindakan mikro dalam artikel ini bagi memudahkan anda mengatasi masalah suka bertangguh dan malas.

Sekiranya anda sukar untuk membaca buku yang tebal, tindakan kecil yang anda boleh ambil ialah membaca mengikut topik atau sub-topik. Manakala tindakan mikro yang boleh anda ambil ialah hanya membaca satu ayat sahaja pada setiap hari.Anda juga boleh memilih tindakan mikro untuk membaca selama satu minit sahaja pada setiap hari.

Keadaan ini berlaku kerana anda akan mengubah "sistem keselamatan" yang telah ditetapkan oleh otak anda. Apabila "sistem keselamatan" otak anda telah menerima perubahan sedikit demi sedikit tindakan yang telah anda ambil, "sistem keselamatan" otak anda akan menerima perubahan tindakan yang telah anda ambil tidak membahayakan diri anda. Kemudian anda akan dapat membuang sikap bertangguh dan malas dengan lebih mudah dan berlaku secara semulajadi untuk terus mengambil tindakan yang seterusnya. Tindakan mikro yang anda ambil akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda lakukan dalam tempoh 60 minit pertama selepas anda bangun tidur pada setiap hari.

Bagi memastikan "sistem keselamatan" otak anda dapat menerima tindakan mikro yang telah anda ambil dengan lebih cepat, anda boleh membuat catatan di tempat yang mudah untuk anda menulis setiap kali anda mengambil tindakan mikro anda. Ini SANGAT MEMBANTU anda kerana anda telah mencipta sikap bertangguh yang lama dalam minda separa sedar anda. Catatan yang anda buat akan mencipta corak kejayaan dalam hidup anda walaupun kecil.

Konsistens merupakan kunci untuk mengubah hidup anda. Anda perlu sedar bahawa saiz tindakan yang anda ambil tidak mengubah hidup tetapi tindakan yang ambil secara berterusan yang mengubah hidup anda. Sekiranya anda telah mengambil Tindakan Mikro dan mendapati bahawa anda tidak dapat konsisten, ini bermaksud tindakan mikro yang anda ambil terlalu besar untuk dilakukan oleh anda. Jadi anda perlu memilih tindakan mikro yang lebih kecil. Tindakan mikro yang lebih kecil mungkin tidak masuk akal namun ini adalah penting untuk anda mengubah hidup anda dengan mengambil tindakan yang perlu anda lakukan. Anda hanya perlu melakukannya sehingga ia merasa mudah dan mudah kerana anda bebas menentukan tindakan mikro yang anda pilih.

Adalah penting untuk saya ingatkan sekali lagi bahawa tindakan yang anda ambil walau sekecil manapun secara KONSISTEN yang akan mengubah hidup anda.

Anda mungkin tertanya-tanya adakah anda boleh mengambil lebih dari satu tindakan mikro kerana anda mempunyai banyak matlamat dan banyak pilihan untuk mengambil tindakan mikro.

Saya mencadangkan anda hanya mengambil satu tindakan mikro sahaja pada setiap hari pada peringkat permulaan. Anda boleh memilih lebih banyak tindakan mikro sekiranya anda sudah mempunyai tabiat yang baru. Sekiranya anda mempunyai banyak tindakan mikro pada peringkat awal, ini akan meransang "sistem keselamatan" otak anda dan hasilnya tidak seperti yang anda impikan.

Satu lagi cara untuk melakukannya ialah melakukan satu Tindakan Mikro yang anda pilih untuk beberapa minggu yang pertama. Apabila anda dapat melakukannya pada setiap hari secara berturut-turut dengan seronok, anda boleh mula menambah Tindakan Mikro yang lain dalam hidup anda. Jangan berasa kecewa sekiranya anda gagal untuk mengambil tindakan mikro secara konsisten. Anda tetap boleh menukar tindakan mikro yang anda pilih.

Anda mungkin juga tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk anda mengambil tindakan yang lebih besar daripada tindakan mikro yang telah anda pilih pada peringkat awal.

Anda tidak perlu meningkatkan skala Tindakan Mikro anda. Anda perlu ingat selepas anda mengambil tindakan mikro pada setiap hari, anda tetap boleh meneruskan tindakan mikro yang anda pilih WALAUPUN TIDAK PERLU UNTUK DILAKUKAN.

Kuncinya adalah untuk meneruskan momentum tindakan anda ke arah matlamat anda selagi anda berasa mudah dan seronok untuk dilakukan. Anda hanya perlu mengambil tindakan mikro yang anda pilih apabila berlaku perubahan dalam hidup anda. Oleh kerana tiada siapa yang memaksa untuk anda "berhenti" untuk mengambil tindakan mikro secara konsisten, anda bebas untuk terus mengambil tindakan mikro yang anda pilih.

Perkara yang paling penting untuk diketahui adalah anda perlu mengambil tindakan mikro dari awal  proses anda mengambil tindakan mikro tanpa mengira seberapa banyak kerja atau matlamat anda yang telah dicapai pada hari sebelumnya. Ini kerana anda akan menransang kembali "sistem keselamatan" otak anda dan anda akan berhenti ditengah jalan untuk mengubah hidup anda. Jangan lupa untuk merekod tindakan mikro yang telah anda ambil pada setiap hari.

Saya akan terangkan kepada anda bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku.

Pada hari pertama anda mengambil tindakan mikro, anda berasa begitu bersemangat dan mendapati tindakan mikro yang anda ambil selama seminit pada kali pertama begitu mudah dan tidak mencabar untuk anda lakukan.

Pada hari ke-2 pula, anda mengambil masa selama 5 minit untuk mengambil tindakan mikro kerana tempoh selama 1 minit terlalu mudah untuk anda lakukan. Sekali lagi, anda berasa tindakan mikro yang anda ambil pada hari ke-2 terlalu mudah dan tidak mencabar untuk anda lakukan.

Pada hari ke-3, anda mengambil masa selama 10 minit untuk mengambil tindakan mikro kerana tempoh selama 5 minit adalah terlalu mudah bagi anda. Sekali lagi, anda berasa terlalu mudah.

Pada hari ke-4, anda mengambil masa selama 15 minit untuk mengambil tindakan mikro, anda mula meransang "sistem keselamatan" otak anda.

Pada hari berikutnya, anda kembali seperti sebelum hari pertama anda mengambil tindakan mikro anda. Ini kerana anda kembali kepada tabiat anda sebelum ini - bertangguh atau malas untuk mencapai matlamat anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah konsisten untuk mengambil tindakan mikro selama seminit sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu. Sekiranya melebihi seminit, "sistem keselamatan" otak anda akan diransang.

Saya akan membantu anda untuk memilih tindakan mikro yang sesuai untuk anda.
Pertama sekali,senaraikan tindakan yang telah anda ambil namun tidak membantu anda.Kemudian





Langkah ke-5: Hargai Setiap Tindakan Mikro yang telah Anda Lakukan Setiap Hari

Selepas anda mengambil Tindakan Mikro anda, langkah seterusnya adalah memberikan penghargaan kepada diri anda sendiri.  diri anda kredit. Ini seperti anda memuji diri anda sendiri. Sebagai contohnya, setiap kali anda selesai mengambil tindakan mikro yang anda pilih, anda boleh menulis kejayaan anda pada sehelai kertas A4 kerana anda telah berjaya mengambil tindakan mikro secara konsisten. Secara umumnya, kebanyakkan orang tidak berasa selesa untuk memuji diri sendiri.

Walaupun anda berasa tidak selesa, anda perlu menulis kejayaan anda dan memuji diri anda sendiri. Ini adalah kritikal untuk mengubah corak "sistem keselamatan" otak rasional anda. Tulisan anda juga akan menentukan kejayaan anda untuk mencapai matlamat anda kerana anda merupakan orang pertama yang mengetahui proses tindakan yang anda ambil untuk mencapai matlamat anda.

Bagi menghargai diri anda sendiri anda boleh mengubah penghargaan kepada diri anda pada setiap hari. Sebagai contoh:

Pada hari pertama:
"Tahniah kepada (nama anda) kerana telah berjaya melakukan......(tindakan mikro) "

Pada hari kedua:
"Tahniah kepada (nama anda) kerana telah berjaya melakukan ....(tindakan mikro) secara konsisten".

Begitulah seterusnya pada hari berikutnya.

Langkah ke-6: Biarkan Masa Menentukan Hasil Tindakan Mikro Anda

Langkah seterusnya sedikit rumit kerana anda perlu memberi tempoh masa yang cukup untuk diri anda sendiri bagi melihat hasil dari tindakan mikro anda. Ini menjadi sukar sekiranya anda terlalu cepat ingin mencapai matlamat anda. Orang yang terdesak akan melakukan sesuatu dengan terdesak dan biasanya akan menjadikan masalah menjadi semakin rumit. Sekiranya anda merenung kembali sebab-sebab anda gagal mencapai matlamat anda sebelum ini, salah satunya mungkin disebabkan anda ingin hasil yang terlalu cepat. Kemudian anda mengambil tindakan yang drastik. Setelah masa berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, masih tiada perubahan dalam hidup anda.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

Oleh itu, bagi membuang sikap bertangguh dan malas anda, anda mungkin memerlukan masa selama bermingu-minggu, beberapa bulan, atau mungkin mengambil masa selama bertahun bagi membuat perubahan tabiat anda yang sudah tidak dapat dikawal. Walaupun mengambil masa yang panjang, anda tidak perlu risau kerana anda dapat mengubah tabiat anda sepanjang hayat anda. Anda perlu sedar, hidup anda pada hari ini adalah hasil tindakan anda pada masa lalu. Tindakan anda pada masa lalu bermula dari fikiran anda. Dengan mengubah cara anda berfikir, ianya sekaligus akan mengubah tindakan anda. Apabila anda mengubah tindakan anda, anda akan mengubah keseluruhan hidup anda.

Anda mungkin berasa terlalu lama untuk mengambil tindakan mikro yang mungkin mengambil masa selama enam bulan. Anda tidak perlu risau sekiranya terlalu lama bagi anda kerana tindakan mikro merupakan sesuatu yang sangat mudah dilakukan. Sekiranya tidak berhasil, anda tidak rugi apa-apa pun. Sekiranya berhasil, anda mengubah hidup anda buat selama-lamanya. Perkara yang lebih pentang ialah anda mencipta corak kejayaan anda dalam otak rasional anda dengan menulis kejayaan anda mengambil tindakan mikro pada setiap hari.

Setiap kejayaan bermula dengan tindakan.

Tindakan yang konsisten menentukan kejayaan anda.

Apabila anda tidak sabar, ianya sama seperti anda ingin membuat ais kiub di rumah anda. Selepas anda mengisi air didalam bekas ais, anda membuka peti sejuk setiap 20 minit untuk melihat hasil ais kiub anda. Jika anda tidak memberi perhatian kepada masa, maka perubahan positif akan berlaku lebih mudah dalam hidup anda. Sekiranya anda sudah menetapkan tarikh untuk mencapai matlamat anda, anda boleh mengambil tindakan mikro yang sesuai dengan anda atau menetapkan kembali tarikh untuk mencapai matlamat anda.

Langkah ke-7: Mengukur Kemajuan Anda Berdasarkan dari Tempat Anda Bermula 

Anda melakukan tindakan mikro secara semula jadi. "Sistem keselamatan" otak kita berfungsi untuk mengelakkan kita terjerumus dalam keadaan yang membahayakan kita. Anda mungkin bekerja keras untuk mencapai matlamat anda. Apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda, anda akan berasa kosong didalam hati anda.

Perkara kedua ialah, anda dapat menghasilkan perubahan dalam hidup anda tanpa memerlukan usaha yang keras atau menyusahkan anda. Ini seterusnya dapat menyebabkan anda tidak menghargai diri anda sendiri kerana anda dapat mengubah hidup anda tanpa bersusah-payah.

Anda juga mungkin berfikir, tindakan mikro yang anda ambil tidak akan mendatangkan kesan kepada hidup anda. Oleh itu, anda terus bertangguh untuk mengambil tindakan mikro dan seterusnya mengambil tindakan drastik seperti yang telah anda lakukan sebelum ini - tidak membawa anda ke mana-mana.

Otak kita cenderung untuk membentuk corak kegagalan kerana kegagalan boleh membahayakan diri kita sendiri. Jadi untuk mengubah corak kegagalan yang telah terbina didalam otak kita, kita perlu merekod sendiri kejayaan kita walaupun kecil. Dengan menulis kejayaan anda, anda dapat menilai hasil tindakan mikro anda bermula dari kali pertama anda mengambil tindakan mikro.

Kemajuan yang dapat dinilai oleh anda bermula dari kali pertama anda mengambil tindakan mikro dan bukan menilai tindakan mikro anda dengan matlamat anda. Jika anda hanya membandingkan tindakan anda dengan matlamat anda, ianya akan menyebabkan anda menderita kerana rasa kecewa dan hampa. Anda perlu mengambil tindakan mikro untuk mengubah hidup anda buat selama-lamanya.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang?

Apabila anda menggabungkan tujuh langkah ini dan melakukannya secara konsisten, anda akan mendapat ganjaran yang besar dalam hidup anda. Sekiranya anda sudah terlambat sehari, jangan tambahkannya menjadi dua hari.  Mula-mula, belajar bagaimana untuk mengambil saham dan merawat diri anda dengan penuh belas kasihan, dan jangan melambatkan diri apabila anda melihat di mana anda berada. Anda tidak perlu risau untuk bersikap realistik terhadap kehidupan anda pada hari ini. Seterusnya, elakkan untuk memberitahu diri sendiri apa yang perlu dilakukan tetapi tanya pada diri anda sendiri:

 "Apakah perkara kecil yang boleh saya lakukan untuk memajukan diri saya?"

Kemudian ambil Tindakan Mikro yang anda pilih dan cuba lakukan. Ianya tidak perlu menjadi "sempurna". Anda perlu sedar bahawa anda sentiasa boleh memilih tindakan mikro yang baru sekiranya tindakan mikro yang anda pilih tidak selesa untuk dilakukan. Anda boleh mencuba untuk memilih satu tindakan mikro untuk sementara waktu dan sekiranya tidak mengubah hidup anda, anda boleh mencuba tindakan mikro yang lain. Sekiranya masih terasa sukar untuk dilakukan, anda boleh menjadikannya lebih kecil. Kemudian anda konsisten melakukan tindakan mikro yang sesuai dengan anda.

Jangan lupa untuk mengukur kemajuan anda dengan melihat kembali dari mana anda bermula. Jika anda hanya melihat ke hadapan, anda seperti melihat bintang yang jauh di atas langit. Anda tidak boleh mengukur kemajuan anda dengan khayalan anda. Tindakan yang kecil tapi berhasil adalah lebih baik dari tindakan yang besar tapi sia-sia.

Apakah perangkap yang perlu diperhatikan?

Pertama sekali ialah mengelakkan bagaimana tindakan mikro anda akan memberi hasil yang anda harapkan kerana tindakan mikro bukanlah aktiviti otak rasional anda. Sekiranya anda memikirkan bagaimana proses ini akan berhasil sebelum anda mengambil tindakan mikro, anda tidak akan bertindak buat selama-lamanya. Orang yang gagal membuang sikap bertangguh dan malas ialah orang yang tidak mengambil apa-apa tindakan dan hanya memberi alasan kenapa mereka perlu bertangguh. Anda perlu sedar, satu tindakan yang kecil lebih baik dari memberi seribu alasan. Anda tidak perlu berfikir bagaimana tindakan mikro dapat mengubah hidup anda.Ia seperti tidak logik tetapi anda perlu mencuba sendiri dan perhatikan apa yang berlaku dalam hidup anda. Anda tidak perlu memahami bagaimana ianya berhasil mengubah hidup anda.

Sekiranya anda telah mengambil tindakan mikro, pastikan anda konsisten pada setiap hari. Hanya seminit sahaja pada setiap hari. Jika anda mengukur kemajuan anda dengan matlamat anda, anda tidak akan menyedari kemajuan anda: Anda akan kecewa dan sekaligus corak kegagalan dalam otak rasional anda menjadi bertambah kuat. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda perlu mengukur kemajuan anda dari kali pertama anda mengambil tindakan mikro anda.

Tindakan yang konsisten lahir dari kesabaran anda sendiri. Anda akan merosakkan corak baru dalam hidup anda sekiranya anda menjadi tidak sabar. Anda perlu ingat bahawa anda mungkin memerlukan masa selama beberapa bulan untuk mengubah corak hidup anda.

Sebagai penutup artikel ini, saya mengulang kembali 7 langkah untuk mengatasi sikap bertangguh dan malas di atas:

Langkah 1: Terima Kenyataan
Langkah ke-2: Membuat Penilaian
Langkah ke-3: Elakkan Menipu Diri Sendiri
Langkah ke-4: Pilih Tindakan Mikro dan Lakukan Setiap Hari
Langkah ke-5: Hargai Setiap Tindakan Mikro yang telah Anda Lakukan Setiap Hari
Langkah ke-6: Biarkan Masa Menentukan Hasil Tindakan Mikro Anda
Langkah ke-7: Mengukur Kemajuan Anda Berdasarkan dari Tempat Anda Bermula

Sekian, terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. :D


Audio hipnosis menarik kekayaan dan rezeki







Wednesday, June 28, 2017

Mindset Usahawan 2017

Minset Usahawan 2017
Mindset Usahawan tidak mengira usia. :D

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”.

Pertama: Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
Kedua: Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si Sulung menjawab: “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drp siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama-lama habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si Bongsu yang keadaannya berbeda jauh.

Si Bongsu sukses menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahsianya…?”

Si Bongsu menjawab: “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

Perhatikan...

Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA,

Namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

Apa pendapat anda? :D


Tuesday, December 16, 2014

Panduan Asas Menjual #2

Panduan Asas Menjual #2


Dalam artikel yang lepas,saya telah menulis mengenai 7 realiti untuk menjual.Dalam artikel ini saya akan menulis mengenai psikologi menjual.

Anda mungkin pernah tertanya-tanya mengapa sesetengah orang yang terlibat dengan bidang jualan lebih berjaya daripada orang lain?

Anda juga mungkin terkejut apabila mengetahui 20% daripada jurujual mendapat pendapatan bersamaan pendapatan 80% jurujual yang lain dalam mana-mana industri.Ini bermakna jurujual yang berada pada kedudukan 20% teratas meraih pendapatan sebanyak 80% daripada seluruh jualan yang dilakukan oleh semua jurujual.Secara puratanya,jurujual yang berada pada kedudukan 20% teratas meraih pendapatan 16 kali ganda daripada jurujual yang berada pada kedudukan 80% ke bawah.

Sekiranya anda masih baru dalam bidang jualan,anda tidak perlu berasa risau.Jurujual yang berada pada kedudukan 20% teratas biasanya bermula daripada kumpulan jurujual yang berada pada kedudukan mendapat pendapatan 20% terendah.Terdapat pepatah Inggeris yang berbunyi,"Setiap pakar bermula dari kedudukan paling teruk".

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah membuat keputusan untuk berada pada posisi 20% teratas.Dengan membuat keputusan,ianya akan menjadi titik untuk anda berubah.Tanpa membuat keputusan,anda tidak akan berada pada kedudukan 20% teratas kerana ianya tidak akan berlaku.Anda tidak perlu berharap kepada nasib.

Semua jurujual yang berada pada kedudukan 20% ke atas bermula dengan membuat keputusan dan terus bekerja keras hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,dan tahun demi tahun.Mereka mengambil tindakan yang konsisten sehingga keputusan yang mereka buat menjadi realiti.

Untuk menjadi pakar dalam apa jua bidang,anda perlu bekerja keras selama 7 tahun atau 10,000 jam.Ianya bukan bermakna anda perlu bekerja pada setiap hari selama 7 tahun.Ianya bermaksud anda perlu bekerja keras dengan sepenuh hati anda dengan konsisten untuk menjadikan anda lebih baik dari hari ke hari.

Andaikan sekarang ini anda berumur 40 tahun dan anda masih di tahap jurujual amatur (kedudukan 80% ke bawah),ini mungkin akan melemahkan semangat anda untuk terus terlibat dengan bidang jualan kerana anda perlu menanti sehingga anda berusia 47 tahun untuk menjadi jurujual profesional.Ianya benar.Apa yang perlu anda tanya kepada diri anda sendiri ialah:

"Berapakah umur saya pada 7 tahun akan datang tanpa mengira apa yang berlaku kepada saya?"

Secara faktanya,masa akan terus berlalu tanpa mengira apa yang berlaku.7 tahun dari sekarang,usia anda anda akan meningkat 7 tahun.Persoalannya ialah adakah anda akan berada pada kedudukan 20% jurujual teratas atau 80% ke bawah-sekiranya anda masih kekal dalam bidang jualan.Ini semua merupakan pilihan yang anda sendiri pilih.

Anda perlu sedar bahawa anda boleh belajar apa jua kemahiran yang perlu anda kuasai untuk mencapai matlamat anda.Semua kemahiran untuk menjual boleh dipelajari.Semua jurujual profesional yang saya kenali pernah berda pada situasi yang sukar semasa mereka mula menjadi jurujual.

Pada awal kerjaya mereka,mereka meanggap menjadi jurujual adalah mudah dan mereka meanggap mereka mengetahui semua perkara untuk menjual.Apabila situasi hidup mereka semakin terdesak,mereka mula berpijak di bumi yang nyata dan mula meluangkan masa untuk belajar menjual.

Seperti mana 20% jurujual mencapai 80% daripada hasil jualan semua jurujual,peraturan 80/20 juga mempengaruhi individu dengan pelbagai cara.80% daripada kejayaan menjual bergantung kepada mental dan emosional jurujual dan bukannya kepada aspek teknikal dan fizikal.

Perkara yang paling penting untuk berjaya menjual dalam apa jua industri dalam apa jua ekonomi dan pasaran ialah keyakinan diri anda.Anda yakin dengan diri anda dan produk/servis yang anda jual.Keyakinan diri berkait dengan self-esteem.Self-esteem bermaksud "seberapa banyak anda menyukai diri anda".

Semakin anda menyukai diri anda,semakin tinggi tahap keyakinan anda.Sekiranya anda menyukai diri anda,anda akan turut menyukai orang lain termasuk pelanggan anda.Jika pelanggan anda menyukai anda,semakin mudah untuk anda menjual dan menceritakan pada orang-orang terdekat dengan mereka mengenai anda.

Dalam bidang jualan,anda memerlukan self-esteem yang tinggi dan menggabungkannya dengan Self-efficacy.Self-efficacy bermaksud seberapa bagus anda melakukan kerja yang anda lakukan.Semakin anda menyukai diri anda,kualiti kerja yang anda lakukan akan semakin meningkat.

Jurujual yang mempunyai self-esteem yang tinggi boleh membuat jualan dalam apa jua pasaran.Jurujual yang mempunyai self-esteem yang rendah tidak mampu untuk membuat jualan walaupun keadaan ekonomi sangat baik.Kuncinya ialah self-esteem.

Terdapat 7 langkah untuk meningkatkan self-esteem anda dalam bidang jualan.Ianya juga turut dapat meningkatkan cara anda berfikir mengenai diri anda sendiri dan potensi anda:

  1. Bercita-cita tinggi
  2. Sentiasa bersemangat
  3. Memberi komitmen sepenuhnya
  4. Profesional
  5. Bertanggungjawab
  6. Membuat persediaan dan Perancangan
  7. Sentiasa belajar



1.Bercita-cita tinggi

Jurujual profesional mempunyai kemahuan yang bernyala-nyala untuk berjaya dalam bidang jualan.Apa jua yang anda lakukan,anda perlu bermula dengan kemahuan untuk berjaya yang sentiasa membara.Ianya telah terbukti sejak zaman-berzaman.Sekiranya anda bercita-cita tinggi dan mempunyai perancangan yang jelas untuk mencapai matlamat anda,tiada apa pun yang dapat menyekat anda.

Dalam bidang jualan,ini merupakan titik penentu yang membezakan anda akan berjaya menjadi jurujual profesional atau kekal menjadi jurujual amatur.Anda akan berkali-kali mengalami penolakan dan bantahan daripada prospek anda sepanjang anda menjadi jurujual.Sekiranya anda berputus asa,anda mungkin tidak akan kekal lama dalam bidang jualan.Hanya cita-cita yang sentiasa membara yang dapat menjadikan anda tabah menghadapi kegagalan semasa anda gagal membuat jualan.

Oleh kerana mengejar cita-cita mereka,jurujual profesional mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan untuk menjadi jurujual terbaik dalam industri mereka.Biasanya jurujual profesional pada hari ini memulakan kerjaya jualan mereka kerana tiada pilihan lain.Apa jua yang mereka lakukan tidak mengubah kehidupan mereka.Mereka sangat pasti dengan pilihan mereka untuk terlibat dengan bidang jualan.

Sebaliknya yang berlaku dengan jurujual amatur.Mereka sentiasa mencari peluang untuk melakukan kerja lain di sebalik memberi komitmen kepada kerjaya menjual mereka.Mereka menjual sambil lewa.Hasilnya mereka akan kekal menjadi jurujual amatur.

Jurujual profesional bertindak sebaliknya.Mereka membuat keputusan untuk menjadi jurujual terbaik.Mereka sanggup berkorban masa,wang,tenaga dan lain-lain untuk meningkat kemahiran menjual mereka.Tahap cita-cita anda menentukan tindakan yang anda ambil pada hari ini.

2.Sentiasa bersemangat

Jurujual profesional sentiasa mengatasi ketakutan yang biasanya membuatkan jurujual amatur kekal sebagai jurujual amatur.Ketakutan merupakan halangan utama untuk sesiapa sahaja berjaya.Ketakutan terbesar manusia dewasa ialah ketakutan menghadapi kegagalan.

Takut kepada kegagalan atau perkara lain bagaikan brek kepada potensi anda.Ianya mencegah anda untuk mengambil tindakan,membuatkan anda bertangguh, atau menjauhi situasi yang tidak anda sukai.Jurujual amatur tidak banyak menjual kerana takut untuk gagal membuat jualan.Kehidupan anda juga akan turut berubah sekiranya anda melakukan sesuatu yang anda takut lakukan sebelum ini.Sekiranya anda tidak melakukan perkara yang anda takut,ketakutan akan menguasai hidup anda.

Secara faktanya,adalah mustahil untuk anda berjaya tanpa menghadapi kegagalan.Jurujual profesional lebih banyak menghadapi kegagalan berbanding jurujual amatur.Mereka sanggup menghadapi kegagalan.

Ketakutan kedua yang biasa dialami oleh jurujual ialah takut untuk di tolak oleh pelanggan.Mereka takut untuk mencari prospek dan menerangkan mengenai produk/servis yang mereka tawarkan kerana takut pelanggan tidak akan membeli produk/servis yang mereka tawarkan.Ini merupakan halangan terbesar untuk anda berjaya membuat jualan.Melainkan anda dapat mengatasi halangan ini,adalah mustahil untuk anda menjadi jurujual profesional.

Jurujual amatur akan mencari alasan untuk tidak membuat jualan kerana takut di tolak.Apa yang perlu jurujual amatur perlu tahu ialah walaupun jualan anda gagal,prospek anda tidak menyentuh soal peribadi anda.Sekiranya prospek anda memberi jawapan negatif terhadap jualan anda,ianya tidak berkait dengan soal peribadi anda,neutral,dan tidak menjadikan anda sasaran untuk disalahkan.Mereka hanya meluahkan pandangan mereka terhadap produk/servis yang anda tawarkan sahaja.

3.Memberi komitmen sepenuhnya

Semua orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa yang mereka lakukan.Mereka melakukannya dengan sepenuh hati.Jurujual profesional yakin dengan syarikat mereka bekerja dan mereka bangga dengan syarikat mereka.Mereka yakin dengan produk atau servis yang mereka tawarkan.Mereka yakin produk/servis yang mereka tawarkan dapat menyelesaikan masalah pelanggan mereka.Mereka begitu seronok apabila menerangkan mengenai produk/servis yang mereka tawarkan.

Mereka percaya dengan pelanggan mereka dan ingin membantu mereka.Jurujual profesional memandang diri mereka sebagai "pembantu" dan selalu mencari jalan untuk meningkatkan taraf kehidupan pelanggan mereka melalui produk/servis yang mereka tawarkan.Mereka sememangnya ingin mengubah kehidupan pelanggan mereka menjadi lebih baik dengan apa yang mereka jual.

Jurujual profesional yakin terhadap diri mereka dan kemampuan mereka untuk berjaya.Mereka mempunyai keyakinan yang tidak goyah terhadap kemampuan mereka untuk mencapai
matlamat mereka dan mengatasi rintangan yang timbul.Mereka berkeyakinan,positif, dan istimewa.

4.Profesional

Jurujual profesional mempunyai bussiness card,berpakaian kemas,memakai kasut dan sebagainya.Ini akan menyebabkan prospek mereka lebih yakin dengan mereka.Prospek mereka akan lebih terbuka dan berminat untuk mengetahui apa yang akan keluar dari mulut mereka.Jurujual profesional akan cuba memahami masalah pelanggan mereka terlebih dahulu.Mereka juga memahami produk/servis yang mereka tawarkan dan mengetahui sama ada produk/servis mereka dapat menyelesaikan masalah pelanggan mereka.Mereka berusaha untuk mengetahui masalah prospek mereka yang dapat mereka selesaikan.

5.Bertanggungjawab

Permulaan untuk anda mengubah hidup anda ialah apabila anda menerima 100% tanggungjawab dalam kehidupan anda dan apa jua yang berlaku dalam hidup anda.Jurujual profesional tidak mengkritik mengenai apa-apa terutamanya syarikat mereka,persaingan,atau cabaran menjual dalam pasaran yang sengit.

Jurujual profesional tidak mempunyai masa untuk membuat alasan.Di sebalik mencari alasan,mereka mencari jalan untuk memastikan mereka berjaya mencapai matlamat mereka.Mereka tidak mengkritik orang lain terutamanya pesaing mereka dan menyalahkan orang lain sekiranya mereka gagal membuat jualan.

6.Membuat persediaan dan Perancangan

Membuat persediaan yang rapi merupakan petunjuk bahawa anda seorang yang profesional.Semakin anda bersedia untuk bertemu dengan pelanggan,semakin meningkat tahap keyakinan anda.Jurujual profesional akan cuba untuk memahami latar belakang pelanggan mereka sebelum mereka bertemu buat kali yang pertama.Mereka membuat perancangan dan persediaan sebelum dan selepas mereka menjual.

7.Sentiasa belajar

Secara faktanya untuk menjana lebih banyak pendapatan,anda perlu lebih banyak belajar.Anda boleh meluangkan masa antara 30 minit sehingga 60 minit pada setiap hari membaca buku-buku berkaitan teknik menjual sebelum anda pergi bekerja.

Anda boleh menghabiskan satu buku dalam masa satu minggu.Dengan menjadikannya sebagai satu tabiat,anda boleh menghabiskan 50 buah buku setahun.Tiada jaminan dengan membaca buku dapat menjamin anda dapat meningkatkan pendapatan anda namun peluang anda untuk meningkatkan jualan adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tidak membaca buku lansung.

Jurujual profesional tidak sahaja membaca buku,bahkan mereka mempunyai audio dan video cd/dvd mengenai teknik menjual.Mereka meletakkannya pada handphone mereka dan di dalam kereta mereka.Setakat ini menurut pengetahuan saya,kebanyakkan audio dan video mengenai teknik menjual kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris.

Mereka juga menghadiri seminar atau bengkel berkaitan teknik menjual.Mereka sentiasa mencari maklumat yang baru untuk meningkatkan kemahiran mereka.Kejayaan mereka menjual pada hari ini
tidak menjadi penhalang kepada mereka untuk terus belajar meningkatkan kemahiran mereka.

Jurujual amatur sebaliknya jarang sekali berusaha untuk meningkatkan kemahiran mereka.Mereka hanya belajar mengenai jualan pada tahun pertama mereka menjual dan tidak menambah maklumat baru untuk tahun-tahun berikutnya.Mereka selalu resah apabila memikirkan tentang wang.Mereka tidak sanggup untuk bekerja keras dan menambah pengetahuan mereka dan akhirnya kehidupan mereka tidak menjadi lebih baik.

Sekiranya anda mendapat maklumat baru dan melakukan sesuatu yang baru,anda akan berasa kemampuan anda semakin meningkat.Anda akan menjadi lebih positif dan gembira.Keyakinan anda juga akan turut meningkat.

Kunci untuk anda meningkatkan kemahiran anda ialah anda melaburkan sekurang-kurangnya 3% dari pendapatan anda.Sekiranya pendapatan anda RM50,000.00 setahun,seharusnya anda melabur sekurang-kurangnya RM1500.00 setahun untuk meningkatkan kemahiran anda.

Pulangan dari anda melabur ke atas diri-sendiri mungkin 10,20, atau 50 kali dari nilai pelaburan anda.Tiada orang yang dapat mencuri pengetahuan anda dan anda dapat menggunakan pengetahuan anda sepanjang hayat.Begitu juga yang berlaku sekiranya anda tidak melabur ke atas diri anda sendiri.Anda tidak akan ke mana-mana.

Buat permulaan anda boleh meminjam buku mengenai jualan di perpustakaan berdekatan dengan rumah anda atau mendapatkan maklumat percuma di internet.Sekiranya anda tidak menambah kemahiran jualan anda,kesan yang lebih buruk ialah anda berasa cemburu dengan kejayaan jurujual yang lain.Jurujual yang lain mungkin dapat menjana komisyen yang lebih tinggi,memandu kereta baru, atau pergi bercuti.Anda boleh memilih sama ada ingin menjadi jurujual profesional atau jurujual amatur.


Apakah perkara yang paling penting dan di lakukan oleh jurujual yang berpendapatan tinggi yang turut di lakukan oleh anda?

Jawapannya ialah berfikir.Kualiti fikiran anda mempengaruhi keseluruhan kualiti hidup anda.Semakin anda jujur apabila berfikir mengenai diri anda,matlamat anda, dan perkara yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat anda,anda akan semakin berjaya dengan setiap perkara yang anda lakukan.

Apakah aset kewangan yang paling bernilai dalam diri anda?

Ianya ialah kemampuan anda untuk menjana pendapatan.Kebolehan anda untuk mendapatkan wang boleh diertikan sebagai kemahiran yang membuatkan anda dibayar oleh orang lain.Perbezaan diantara jurujual profesional dan jurujual amatur ialah jurujual profesional mempunyai kemahiran menjana pendapatan yang tinggi manakala jurujual amatur tidak memiliki kemahiran ini.

Kemahiran anda menjana pendapatan adalah hasil daripada pengetahuan dan pengalaman anda.Paling kritikal ialah tabiat anda.Berita baik untuk anda ialah kemahiran untuk anda menjana pendapatan sehingga anda layak menjadi jurujual profesional boleh dipelajari walaupun anda tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.Anda boleh meningkatkan kemahiran menjana pendapatan anda sepanjang anda terlibat dengan kerjaya anda.

Seperti mana aset yang lain,kemahiran anda untuk menjana pendapatan juga boleh meningkat atau menurun.Bagi jurujual yang berada pada kedudukan 20% ke atas,kemahiran mereka menjana pendapatan meningkat 11% setiap tahun (berdasarkan kajian Universiti Chicago).Jurujual yang berada dalam kedudukan 80% terbawah-sekiranya masih terlibat dengan bidang jualan-kemahiran menjana pendapatan mereka hanya meningkat 1% setiap tahun.

Sekiranya kemahiran menjana pendapatan anda meningkat 11% setiap tahun,anda mampu untuk meraih pendapatan anda sebanyak dua kali ganda dalam masa 7 tahun dan terus meningkat untuk tahun-tahun seterusnya.

Sekiranya kemahiran untuk anda menjana pendapatan hanya meningkat 1% pada setiap tahun kerana anda tidak berusaha untuk meningkatkan kemahiran menjana pendapatan anda,ianya mengambil masa selama 72 tahun untuk meraih pendapatan anda sebanyak dua kali ganda.Ini masih tidak mengambil kira faktor inflasi,kemunculan teknologi baru,persaingan yang semakin meningkat serta kestabilan ekonomi negara.

Mungkin perbezaan paling utama dalam dunia pekerjaan pada hari ini sekiranya dibandingkan dengan masa lalu ialah anda bertanggungjawab sepenuhnya pada kerjaya dan kedudukan kewangan anda.Bukan menjadi tanggungjawab majikan anda untuk menjadikan anda sebagai orang kaya.

Kesilapan yang terbesar dilakukan oleh jurujual amatur ialah mereka mempunyai mindset bahawa mereka bekerja sebagai jurujual produk/servis syarikat mereka.Kerjaya jurujual memerlukan anda untuk berfikir bahawa anda bekerja untuk diri anda sendiri dan bukannya syarikat yang memberi anda peluang untuk menjadi jurujual.Anda boleh menetapkan sendiri matlamat pendapatan anda pada setiap bulan-kelebihan kerjaya jurujual-dengan mengukur jumlah jualan yang dapat anda buat.

Seringkali apa jua yang gagal anda lakukan memberi kesan yang besar dalam hidup anda.Sekiranya anda gagal merancang hidup anda,ianya membuatkan anda terpaksa menanggung realiti hidup anda sekarang dan juga memberi kesan kepada kemahiran menjana pendapatan anda.

Sekiranya anda gagal untuk menyusun dan meletakkan keutamaan apa yang patut anda lakukan,ianya akan menyusahkan anda.Sekiranya anda tidak meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda,ianya juga akan memberi kesan negatif kepada hidup dan masa depan anda.

Apakah sumber yang paling berharga yang anda miliki sekarang?

Jawapannya ialah masa anda.Apabila anda mula menjadi jurujual,sekiranya anda seperti kebanyakkan orang yang baru bekerja dalam apa-apa kerjaya,anda meliki sedikit wang atau tiada lansung tetapi memiliki banyak masa.

Pada kemuncak kerjaya jurujual,anda mungkin memiliki masa terluang yang sedikit tetapi mempunyai sejumlah wang yang banyak.Perkara yang paling buruk yang boleh berlaku dalam hidup anda ialah selepas anda bekerja selama 30 tahun atau 40 tahun,anda masih perlu bekerja kerana anda tidak mampu untuk meneruskan kehidupan sekiranya anda tidak bekerja.

Pernah menjadi isu satu ketika dahulu di mana pencarum KWSP hanya boleh mengeluarkan caruman ketika pencarum berusia 60 tahun dan ianya di bantah oleh majoriti pencarum.Pihak KWSP menggunakan sebab had untuk pencarum mengeluarkan caruman ialah sebilangan besar pencarum menghabiskan seluruh caruman dalam jangka masa yang singkat.Malangnya perkara ini menimpa kebanyakkan warga emas pada masa sekarang.

Jurujual yang berada dalam kedudukan 20% teratas mempunyai perancangan strategik peribadi.Tujuan perancangan strategik dalam perniagaan ialah untuk meningkatkan ROE (Return of Equity).Secara mudahnya ia bermaksud meningkatkan pulangan kewangan yang dilaburkan dalam perniagaan.

Panduan Asas Menjual #2


Matlamat jurujual untuk memiliki perancangan strategik peribadi juga untuk meningkatkan ROE.ROE yang saya maksudkan ialah Return On Energy.Ini ialah pulangan yang anda dapat sebagai seorang manusia.Mental,emosi, dan tenaga fizikal anda merupakan sumber anda sebagai seorang manusia.

Kebanyakkan orang tidak pernah mengetahui bahawa kemahiran menjana pendapatan  merupakan aset kewangan mereka yang paling berharga.Mereka mengabaikan aset yang mereka miliki dan meanggap mereka mengetahui semua perkara untuk menjana pendapatan.Sebilangan juga meanggap mereka tidak mampu untuk mendapatkan pendapatan yang mereka inginkan.Dengan sebab itu mereka membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah ataupun menggunakan masa yang mereka miliki untuk merosakkan diri mereka sendiri.

Jurujual amatur bangun pada pagi hari,bersarapan,pergi ke tempat kerja,berborak-borak kosong dengan rakan sekerja yang lain,keluar untuk makan tengah hari,cuba membuat beberapa jualan pada setiap hari,kembali kerumah selepas habis waktu kerja dan menonton televisyen.

Anda tidak perlu berasa risau kerana anda sedang membaca artikel ini.Biarkan jurujual amatur yang lain berasa terkejut dengan pencapaian anda selepas anda habis membaca artikel ini.Kehidupan anda terlalu berharga untuk disia-siakan.Anda menggunakan seluruh masa anda untuk meningkatkan return on energy anda pada tahap semaksimum mungkin.

Anda perlu ingat bahawa apabila anda menjadi jurujual,anda bekerja untuk diri anda sendiri.Anda yang menentukan pendapatan anda.Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pendapatan anda,anda memerlukan sedikit keberanian untuk berbincang dengan bos anda.Hanya terdapat satu cara sahaja untuk jurujual mendapat lebih banyak pendapatan.Ianya tidak lain dan tidak bukan ialah membuat lebih banyak jualan.Anda sendiri boleh menentukan seberapa banyak jualan yang boleh anda buat pada setiap
bulan.

Dengan memiliki perancangan strategik peribadi,anda mempunyai matlamat untuk jangka masa pendek (kurang 5 tahun),sederhana (kurang 10 tahun), dan panjang (lebih 10 tahun).

Di manakah kedudukan anda sekarang?
Apa yang anda ingin capai pada masa depan?
Apa langkah yang perlu anda ambil?

Dalam kerjaya jurujual,saya mendapati pperancangan strategik peribadi yang efektif ialah dengan menggunakan teknik GOSPA.Sebelum saya menerangkan mengenai teknik GOSPA
ini,biar saya terangkan dahulu apa maksud GOSPA.

G=Goals (Matlamat)
O=Objective (Objektif)
S=Strategies (Strategi)
P=Plan (Perancangan)
A=Activities (Aktiviti)

Goals (Matlamat)

Ini merupakan matlamat jangka masa panjang anda dan pendapatan yang anda ingin capai.Menetapkan matlamat bermula dengan membuat keputusan dengan jelas berapa banyak wang yang anda ingin miliki pada tahun hadapan.Anda boleh memulakan dengan mengira pendapatan anda yang tertinggi pernah anda dapat dan menjadikan matlamat pendapatan anda meningkat sebanyak 25% atau 50%.Ianya adalah lebih realistik.

Sekiranya pendapatan anda sebanyak RM50,000.00 setahun,anda boleh menetapkan matlamat pendapatan anda sebanyak RM62,500.00 dalam masa 12 bulan yang akan datang.Sekiranya anda lebih bersemangat untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi,anda boleh menetapkan matlamat pendapatan anda sebanyak RM75,000.00 dalam masa 12 bulan yang akan datang.

Setelah anda membuat matlamat pendapatan dan jualan yang mesti anda lakukan dalam masa setahun, langkah berikutnya ialah untuk membahagikannya dalam tempoh bulan,minggu,dan hari.Andaikan matlamat pendapatan anda RM60,000.00 setahun,anda perlu mendapat sebanyak RM5,000.00 hasil dari jualan yang anda lakukan pada setiap bulan.Sekiranya dalam masa setahun,anda menjual selama 50 minggu,anda perlu membuat jualan sekurang-kurangnya anda mendapat RM1200.00 pada setiap minggu.Andaikan dalam seminggu anda menjual sebanyak 5 hari sahaja,anda perlu berjaya membuat jualan sehingga mendapat RM240.00 pada setiap hari anda menjual.

Paling kritikal ialah anda menetapkan matlamat anda mengikut kadar jam.

Berapa banyak yang anda perlu dapat pada setiap jam untuk mencapai sasaran harian anda?

Sekiranya matlamat tahunan anda ialah sebanyak RM60,000.00 setahun, anda bahagikan dengan 2000 jam.2000 jam ini ialah andaian anda menjual selama 250 hari dalam setahun dan pada setiap hari anda menjual selama 8 jam (250 hari X 8 jam).Jawapannya ialah RM30.00 pendapatan yang perlu anda raih pada setiap jam anda menjual untuk mencapai matlamat pendapatan tahunan anda.Kelebihan anda mengetahui jumlah pendapatan anda pada kadar jam ialah anda tidak akan membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang memberi anda pendapatan kurang daripada RM30.00.

Andaikan anda menetapkan matlamat untuk mendapatkan pendapatan sebanyak RM1,000,000.00 dalam masa 12 bulan.Secara kasarnya pengiraanya seperti berikut:

365 hariX 24 jam = RM8760 (jumlah yang perlu anda dapat pada setiap hari)
RM8760 ÷ 24 jam = RM 365 (jumlah yang anda perlu dapat pada setiap jam)

Jumlah ini dengan andaian anda tidak bercuti dan berehat.Tujuan saya ialah untuk menyedarkan anda untuk mengelakkan masa anda berlalu dengan sia-sia.Dengan mempunyai matlamat yang jelas,anda akan berpijak di bumi yang nyata dan tidak berharap kepada nasib semata-mata.

Objectives (Objektif)

Ini merupakan perkara yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat anda.Sebagai contoh,anda perlu menemui sebilangan pelanggan anda untuk mendapatkan jualan.Andaikan anda berjaya mendapat seorang pelanggan setelah menemui 10 orang prospek-orang yang berpotensi menjadi pelanggan anda.Matlamat pendapatan tahunan anda memerlukan anda membuat sebanyak 10 jualan pada setiap hari.Secara mudahnya,anda perlu berjumpa dengan 100 orang prospek anda pada setiap hari.Anda tahu semakin gagal anda menjual,anda semakin hampir untuk membuat jualan.

Ini juga mungkin membuatkan anda berasa lemah semangat untuk mengambil tindakan yang perlu anda lakukan.Untuk menaikkan kembali semangat anda sekaligus menjimatkan masa anda,anda hanya perlu mencari persamaan yang dimiliki oleh pelanggan-pelanggan anda sebelum ini.

Ianya seperti jantina,umur,status perkahwinan,pekerjaan, atau lain-lain.Kebarangkalian anda mendapat seorang pelanggan apabila berjumpa 10 orang prospek mungkin meningkat.Anda mungkin berjaya mendapat 7 jualan apabila berjumpa dengan 10 orang prospek anda.Elakkan untuk meanggap semua orang akan menjadi pelanggan anda.

Sebagai tambahan,ini juga akan meningkatkan pengetahuan anda mengenai produk anda,teknik menjual anda, dan mengenal pasti dengan lebih jelas masalah pelanggan-pelanggan anda sebelum ini yang membuatkan mereka membeli produk anda.

Di kesempatan ini,saya ingin menceritakan pengalaman saya ketikar saya menghadiri satu seminar berkaitan hartanah beberapa tahun lepas.Antara soalan yang saya tanyakan kepada penceramah yang merupakan ejen hartanah di kawasan Kuala Lumpur:

"Berapa ramaikah orang yang perlu encik jumpa untuk membuat satu jualan hartanah?"


Jawab beliau:

"Secara purata saya perlu berjumpa dengan 14 orang prospek untuk menjual satu hartanah.Sebelum saya pergi menunjukkan hartanah yang di jual,saya akan meminta salinan slip gaji dan salinan penyata KWSP terlebih dahulu untuk memastikan mereka memang layak untuk membeli hartanah yang mereka ingin beli.Sebaik sahaja saya mendapat salinan slip gaji dan penyata KWSP mereka,saya akan merujuk kepada bank untuk mengetahui sama ada mereka layak membuat pinjaman atau tidak,"

Saya bersetuju dengan beliau dalam konteks ini.Beliau tidak membuang masa beliau berjumpa dengan orang yang tidak berpotensi untuk menjadi pelanggan beliau.Bagaimanapun ianya bergantung kepada produk yang anda jual.

Bagaimanapun ini tidak bermakna anda boleh melayan orang yang berpakaian selekeh sambil lewa.Anda tidak tahu latar belakang mereka.Sekiranya anda di kunjungi oleh sesiapa sahaja apabila anda sedang menjual,anda perlu melayan semua orang dengan hormat.

Strategies (Strategi)

Terdapat beberapa cara berbeza untuk mencapai objektif jualan anda.Contohnya hanya terdapat 3 cara untuk meningkatkan jualan anda:


  1. Anda meningkatkan jumlah pelanggan anda
  2. Anda meningkatkan kuantiti setiap jualan yang anda lakukan.Contohnya anda membuat pakej produk atau menawarkan produk lain apabila pelanggan anda membuat pembelian
  3. Meningkatkan frekuensi jualan anda.Ianya ialah membuatkan pelanggan anda membeli banyak kali daripada anda atau membuatkan pelanggan anda menjadi sumber anda mendapat jualan yang lain.Contohnya anda melakukan perkara yang sesuai untuk menjadikan mereka setia dengan anda.Anda boleh menghantar kad hari raya,kad tahun baru atau apa-apa yang relevan untuk mengambil hati pelanggan anda.


Cara terbaik untuk mengetahui strategi yang dapat membantu anda mencapai objektif anda ialah dengan membuat senarai apa yang dapat anda lakukan sekarang.Kemudian susun tindakan yang dapat anda lakukan mengikut keutamaan.Anda mungkin menyedari sesuatu perkara yang remeh-temeh boleh menjadi pemangkin utama untuk anda mencapai matlamat pendapatan anda.

Dalam satu masa dalam bidang jualan,anda akan terpaksa "membuang" pelanggan anda.Pelanggan seperti ini ialah pelanggan yang cerewet dan menyusahkan anda.Sekiranya anda sudah lama dalam bidang jualan,anda akan bertemu dengan pelanggan seperti ini.Ianya seperti anda melakukan perkara yang terbaik yang anda mampu lakukan untuk pelanggan anda namun pelanggan anda memburuk-burukkan anda di hadapan orang lain.

Menurut satu kajian mengenai jualan dari Jepun (saya terlupa sumbernya),anda memerlukan 27 orang pelanggan yang bercerita mengenai kebaikkan produk anda untuk menutup satu cerita buruk mengenai produk anda.

Plan (Perancangan)

Perancangan ialah senarai aktiviti yang anda perlu lakukan mengikut strategi anda.20% jurujual teratas bertindak berdasarkan senarai yang mereka buat.Mereka berterusan menulis apa yang perlu lakukan pada setiap hari.Ia mampu untuk membantu anda membuat senarai semak aktiviti yang anda lakukan pada setiap hari.Anda hanya perlu bertindak berdasarkan senarai yang anda buat.Secara automatik anda akan menjadi lebih berdisiplin.

Activities (Aktiviti)

Ini merupakan tindakan pada setiap hari untuk melaksanakan perancangan anda.Semakin baik perancangan anda,keputusan yang anda dapat juga menjadi semakin baik dan anda menjadi semakin pantas untuk mencapai matlamat anda.


Kunci untuk berjaya dalam bidang jualan ialah anda mengawal aktiviti anda pada setiap hari berdasarkan kadar jam dan minit.Saya andaikan bahawa anda telah membuat matlamat pendapatan tahunan anda dan jumlah jualan yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat pendapatan anda.Seterusnya anda perlu pecahkannya kepada bahagian yang lebih kecil.

Pertama sekali,berapakah jualan purata yang dapat anda lakukan?

Jurujual profesional mempunyai rekod yang tepat mengenai jualan yang mereka lakukan.Mereka boleh memberitahu anda bilangan jualan mereka dalam masa seminggu,sebulan,atau setahun.Mereka sangat jelas berapa banyak pendapatan mereka.Mereka menjadikan maklumat yang mereka rekodkan sendiri sebagai asas untuk meningkatkan jualan mereka.

Berapa banyakkah jualan yang perlu anda lakukan pada setiap hari,minggu, dan bulan untuk mencapai matlamat pendapatan tahunan anda?

Berapa banyak bilangan prospek yang perlu anda jumpa?

Berapa ramai orang yang perlu anda hubungi yang mungkin berminat dengan produk anda?

Berapa banyak presentation yang perlu anda lakukan untuk menukarkan prospek menjadi pelanggan anda?

Walaupun apa jawapan anda,pastikan anda merekodkannya secara bertulis di atas kertas.Ianya akan memberikan petunjuk yang jelas dan tepat kepada prestasi anda.

Anda boleh meningkatkan jualan anda dalam masa seminggu atau sebulan sekiranya anda mempunyai perancangan bertulis.Anda akan terkejut kerana tidak menyangka anda mampu melakukan sesuatu melebihi apa yang anda bayangkan.Semua jurujual profesional memilki perancangan bertulis.Sekiranya anda ingin menjadi jurujual profesional,anda juga perlu melakukan sesuatu yang sama.

Anda juga perlu sedar bahawa setiap minit yang anda luangkan untuk menulis perancangan anda akan menjimatkan masa anda sekurang-kurangnya 10 minit untuk mencapai matlamat anda.Sekiranya anda meluangkan masa selama 10 minit pada setiap hari untuk menulis perancangan anda,ianya akan menjimatkan masa anda sekurang-kurangnya 100 minit pada setiap hari.Ianya merupakan 1000% Return On Energy yang telah saya terangkan sebelum ini.

Anda boleh menggunakan model membuat jualan untuk melakukan kerja menjual anda dan aktiviti yang anda lakukan.Terdapat beberapa teknik menjual secara profesional namun memandangkan ini artikel bersiri Panduan Asas Menjual,saya akan menerangkan mengenai teknik asas dahulu.Teknik asas menjual mempunyai 4 langkah:

  1. Prospek
  2. Penerangan
  3. Tindakan susulan
  4. Membuat jualan


Anda perlu menambah bilangan prospek anda pada setiap hari untuk meningkatkan jualan.Selepas anda memberi penerangan,bilangan prospek yang berminat dengan produk anda akan berkurangan.Bilangan prospek yang membeli produk anda juga akan turut berkurangan.Anda boleh melakukan tindakan susulan dengan menghubungi prospek anda.

Walaupun prospek anda masih tidak membuat pembelian,anda mempunyai kebarangkalian prospek anda akan bercerita mengenai produk anda kepada orang-orang yang terdekat dengan beliau.

Perkara kedua yang penting ketika proses menjual ialah memberi penerangan mengenai produk atau servis yang anda tawarkan.Saya akan menerangkan bagaimana anda dapat membuat jualan melalui penerangan yang anda lakukan dalam artikel-artikel akan datang.Saya akan menerangkan dengan ringkas dalam artikel ini.Anda akan mendapati nisbah yang berkait secara lansung antara prospek yang baru anda temui dan bilangan peluang yang anda miliki untuk membuat penerangan mengenai produk/servis anda.

Contohnya,anda memerlukan seramai 20 orang prospek untuk membuat 5 penerangan mengenai produk/servis anda.Daripada 5 penerangan yang anda lakukan,anda mungkin mendapati 2 orang yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.Kemudian anda membuat tindakan susulan mengenai produk/servis yang anda tawarkan dengan menhubungi mereka dalam jangka masa tertentu.Anda mungkin berjaya membuat satu jualan daripada 2 orang yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.

Daripada contoh ini,nisbah jualan anda ialah 20:1.Apabila anda telah mengetahui nisbah jualan anda,ianya akan membantu anda untuk meningkat kemahiran anda dan mengenal pasti kelemahan anda.Anda tidak perlu risau mengenai nisbah jualan anda.Ianya akan berubah mengikut keadaan pasaran,pengalaman anda,kemahiran anda menjual,dan faktor lain.

Berbalik kepada teknik asas menjual,anda akan dapat mengenal pasti prospek yang lebih baik,membuat penerangan dengan efektif, dan membuat tindakan susulan yang lebih baik.Anda akan menyedari kelemahan anda apabila anda merekod apa yang anda lakukan.

Untuk berjaya membuat jualan,anda perlu fokus kepada 7 bahagian untuk membuat jualan.Tahap anda dalam semua bahagian ini menentukan jumlah pendapatan anda dalam bidang jualan.Sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan anda,pertama sekali anda perlu menimbang berat badan anda.Ianya menjadi asas sebagai tempat untuk anda bermula.Daripada asas ini,anda dapat membandingkan prestasi anda pada skala masa yang tertentu.Contohnya berat anda pada minggu pertama,kedua, dan seterusnya.

Begitu juga dengan menjual.Ianya sama.Anda boleh bermula dengan memberi skala 1-10 kepada anda sendiri dalam kemahiran-kemahiran berikut:

  1. Mencari prospek
  2. Membina hubungan mesra dan dipercayai
  3. Mengenalpasti masalah
  4. Memberi penerangan kepada prospek bagaimana produk/servis anda dapat menyelesaikan masalah mereka
  5. Mengatasi bantahan
  6. Membuat jualan
  7. Membuat jualan ulangan sama ada dari pelanggan anda dan/atau pelanggan anda menjadi sumber rujukan untuk anda memdapatkan jualan




Sekiranya anda ingin menjadi jurujual profesional,anda perlu mencapai sekurang-kurangnya skala 7 untuk setiap kemahiran di atas.Anda perlu jujur dengan diri anda sendiri.Anda hanya boleh meningkatkan kemahiran anda apabila anda mengaku anda mempunyai kelemahan dalam kemahiran tertentu.

1.Mencari Prospek

Daripada skala 1-10,berapa baguskah anda untuk mencari prospek?

Sekiranya dalam diari anda penuh dengan temujanji untuk berjumpa dengan prospek-prospek anda sehingga sebulan yang akan datang ataupun sehingga 2-3 bulan yang akan datang,anda layak mendapat skala 10.

Sekiranya anda tidak tahu untuk berjumpa dengan siapa selepas ini untuk membuat jualan,berikan anda skala 1.Sekiranya 50% daripada waktu anda menjual dipenuhi dengan temujanji untuk berjumpa dengan prospek anda,berikan anda skala 5.Begitu juga sekiranya 70% masa bekerja anda digunakan untuk berjumpa prospek,berikan anda skala 7.

2.Membina hubungan mesra dan dipercayai

Ini merupakan asas untuk berjaya menjual.Skala 10 menunjukkan anda gembira bersama sesiapa sahaja.Anda boleh membuatkan semua orang bercakap dengan anda.Anda menyukai mereka dan mereka menyukai anda.Skala 1 menunjukkan anda tidak menyukai diri anda dan prospek anda.Anda berasa tidak selesa apabila bercakap dengan prospek dan anda jarang mendapat peluang untuk bertemu buat kali yang kedua dengan prospek anda.

Untuk membina hubungan mesra dengan orang lain,anda perlu menyukai diri anda sendiri dahulu.Untuk mengetahui sejauh mana anda menyukai diri anda,anda pergi ke depan cermin dan lihat tepat ke arah anak mata anda.Tanyakan kepada diri anda adakah anda menyukai diri anda sendiri?

Anda perlu jujur ketika menjawab soalan ini.Semakin anda menyukai diri anda,anda juga akan semakin menyukai orang lain.Ianya juga turut meningkatkan tahap keyakinan anda dan self-esteem anda yang seterusnya membuatkan anda berani untuk membuat perancangan masa depan anda.Anda turut akan menjadi lebih positif dan memudahkan anda untuk membuat jualan.

3.Mengenalpasti masalah

Ianya ialah kemahiran anda mengenal pasti keperluan,keinginan, dan sanggup membuat bayaran untuk produk/servis yang anda tawarkan.Anda boleh mengetahui masalah prospek anda dengan bertanya secara berhati-hati kepada prospek anda dengan soalan-soalan yang relevan yang mampu memberikan anda maklumat yang berharga.

Maklumat yang anda dapat mampu memberi peluang untuk anda menerangkan mengenai produk/servis yang anda tawarkan yang seterusnya dapat menyelesaikan masalah pelanggan anda.Sekiranya anda tidak memberitahu produk/servis yang anda tawarkan dapat menyelesaikan prospek anda,mereka mungkin tidak akan tahu mengenai produk/servis yang anda tawarkan.

Anda boleh memberikan skala 10 kepada diri anda sendiri sekiranya anda telah mempunyai set soalan yang anda tanyakan soalan kepada prospek anda bermula dari soalan-soalan umum sehingga soalan-soalan spesifik.Pada akhir perbualan anda dan prospek anda mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka dan mereka mengetahui produk/servis anda dapat menyelesaikan masalah mereka.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang set soalan dan bertanya soalan secara rambang kepada prospek anda,berikan skala 1 kepada diri anda sendiri.Prospek anda kemungkinan besar tidak memahami produk/servis yang anda tawarkan dan mereka juga tidak tahu kenapa mereka perlu berjumpa dengan anda lagi.Kualiti soalan yang anda tanyakan kepada prospek anda menentukan pendapatan anda.

4.Memberi penerangan kepada prospek bagaimana produk/servis anda dapat menyelesaikan masalah mereka

Di sini merupakan tempat di mana jualan di buat.Anda boleh memberikan anda skala 10 sekiranya anda mambu memberi penerangan yang lancar,profesional,berpengaruh, dan pada akhirnya prospek anda menghargai produk/servis yang anda tawarkan dan bersedia untuk membuat pembelian.

Sekiranya penerangan anda tidak jelas dan mengelirukan,dan pada akhirnya prospek anda tidak tahu mengapa mereka perlu membeli produk/servis yang anda tawarkan sama ada daripada anda atau orang lain.Petunjuk yang jelas penerangan anda tidak difahami oleh prospek anda ialah mereka mengatakan pada akhir perbualan,"Biarkan saya berfikirdahulu".Berikan anda skala 1 sekiranya keadaan ini berlaku kepada anda.

Elakkan untuk berharap prospek anda akan menghubungi anda untuk membeli produk/servis yang anda
tawarkan.Kesannya yang lebih teruk ialah prospek anda mempunyai persepsi bahawa anda sedang menipu mereka.

5.Mengatasi bantahan

Berikan anda skala 10 sekiranya anda mampu mengatasi segala bantahan daripada prospek anda terhadap produk/servis yang anda tawarkan.Anda mampu memberikan jawapan yang menarik hati prospek anda.Ini tidak bermaksud anda perlu menipu prospek anda.Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang memuaskan hati prospek anda pada bantahan yang pertama,mereka biasanya tidak akan bertanya soalan yang lain.

Berikan anda skala 1 sekiranya anda berasa tidak selesa dan kecewa apabila prospek anda membuat bantahan mengenai produk/servis anda.Anda mungkin menjadi marah atau pasif.Anda gagal untuk memberi jawapan yang memuaskan hati prospek anda.ecara positifnya,iani merupakan petunjuk bahawa anda masih tidak memahami produk/servis yang anda tawarkan.

6.Membuat jualan

Anda boleh memberikan skala 10 kepada diri anda sendiri sekiranya anda mempunyai beberapa set soalan untuk mendapatkan pesanan.Anda tahu waktu yang tepat untuk membuat pertanyaan dengan cara yang betul.Anda sabar dan bersikap profesional dengan memberikan sepenuh komitmen kepada pelanggan anda untuk mengambil tindakan pembelian.Mereka mungkin perlu mengisi borang,menandatangani cek,membuat bayaran tunai atau lain-lain lagi.Anda tidak berasa tertekan untuk meminta pesanan daripada prospek anda.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk meminta pesanan,berikan anda skala 1.Apabila anda selesai membuat penerangan mengenai produk/servis anda,anda panik kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Anda tidak tahu apa yang perlu anda lakukan.Anda tidak perlu risau lagi,semua kemahiran untuk menjual boleh dipelajari.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi cara mudah yang saya gunakan untuk mendapatkan jualan:

1)Andaikan saya menjual banyak produk,saya tidak akan bertanya kepada prospek saya dengan soalan,"Encik mahu membeli atau tidak?".Sebaliknya saya akan bertanya "Encik mahu produk A atau produk B?" ataupun "Encik mahu produk A sebanyak 1 unit atau 2 unit"-apa jua jawapan prospek,saya akan berjaya membuat jualan.Teknik ini sesuai sekiranya anda menjual banyak pilihan.

2)Saya gunakan teknik ini ketika terlibat dengan bidang hartanah.Selepas saya membuat penerangan,saya akan terus meminta kad pengenalan prospek dengan alasan untuk membuat SPA (Sales & Purchasing Aggreement).

Kemudian saya akan bertanya kepada prospek saya,"Encik ingin tandatangan perjanjian pada waktu pagi atau petang esok?".Biasanya jawapan yang saya terima positif sekiranya saya melakukan penerangan di dalam suasana yang aman dan selesa.Teknik ini sesuai sekiranya anda terlibat dengan jualan yang
memerlukan prospek anda memberikan maklumat yang terkandung dalam kad pengenalan mereka.

7.Membuat jualan ulangan sama ada dari pelanggan anda dan/atau pelanggan anda menjadi sumber rujukan untuk anda mendapatkan jualan

Anda boleh memberikan anda skala 10 sekiranya anda berjaya membuat jualan ulangan dan pelanggan anda yang berpuas hati dengan produk/servis anda mencadangkan nama anda kepada orang-orang terdekat dengan mereka.Selepas anda membuat jualan,anda masih lagi mengambil berat mengenai pelanggan anda.Ini membuatkan mereka selesa untuk membeli daripada anda lagi.

Sekiranya anda hanya membuat satu jualan dan pelanggan anda tidak lagi membuat pembelian atau mencadangkan nama anda kepada orang-orang terdekat dengan mereka,berikan anda skala 1.Jurujual profesional hanya mencari prospek baru melalui pelanggan mereka sahaja.Anda juga boleh meminta pelanggan anda memberikan nama dan nombor telefon orang-orang yang terdekat dengan mereka yang mungkin berminat dengan produk/servis yang anda tawarkan.

Anda perlu ingat,sekiranya anda memberikan skala di bawah 7 pada mana-mana bahagian,ianya merupakan petunjuk kemahiran yang perlu anda tingkatkan untuk meningkatkan jualan.Dalam bidang jualan,setiap individu yang baru menjadi jurujual mempunyai faktor yang membataskan mereka untuk berjaya.Ianya merupakan kemahiran yang belum anda kuasai.

Anda perlu menulisnya di atas kertas sebagai rekod.Setiap kali anda gagal membuat jualan,anda perlu renung kembali bahagian mana yang menjadi penhalang anda.Kerja ini mudah tapi memerlukan anda untuk konsisten merekod prestasi anda sendiri.

Setakat ini dahulu untuk artikel ini.Saya akan menulis mengenai prospek pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.